Menerusi kenyataan rasmi pasukan Selangor di Instagram, pengendali Gergasi Merah Kuning itu memohon untuk mengundur diri daripada pasukan utama.
Sebagai rekod, sepanjang perkhidmatannya di Selangor, Nidzam telah membawa The Red Giants sehingga menjadi naib juara Piala FA 2024, menduduki tempat kedua Liga Super Malaysia serta kekal mendahului Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Kekosongan itu akan digalas oleh pemangku jurulatih, Abdi Hassan.
Selangor akan bertemu Kedah Darul Aman di Stadium Darulaman hujung minggu ini sebagai persiapan bertemu Jeonbuk bagi perlawanan ACL2, November depan.