Pengendali kelahiran Barcelona, Sepanyol itu mengambil peranan berkenaan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kim Pan-gon pada Julai lalu.
Perkhidmatannya berakhir sebaik Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) minggu lalu.
Peranannya akan diambil alih oleh jurulatih kelahiran Astralia, Peter Cklamovski, yang akan memulakan tugas pada 1 Januari depan.
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.
"Terima kasih atas segalanya jurulatih (Pau Marti), selamat maju jaya," katanya.
Thanks @FAM_Malaysia ????? pic.twitter.com/94pXD6ZK7n
— Pau Martí (@pauvicentem) December 26, 2024