Penyertaan atlet terjun wanita beragama Islam pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 dihantar oleh Persatuan Renang Amatur Terengganu tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada kerajaan negeri.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Karim berkata, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengesahkan penyertaan atlet terjun wanita Muslim itu telah dihantar oleh persatuan berkenaan di bawah perbelanjaan sendiri dengan memohon kuota Terengganu.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan Terengganu berpendirian tidak membenarkan atlet beragama Islam untuk mewakili negeri dalam sukan tersebut kerana ia tidak mematuhi kod etika yang telah ditetapkan meskipun atlet berkenaan bukan berasal dari Terengganu.
"Pada dasarnya, kami tetap berpegang kepada kod etika berpakaian atlet Muslim ketika bersukan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri sebelum ini.
"Malangnya, terdapat penyertaan atlet terjun wanita kontinjen Sukma Terengganu yang turut menyertai sama dan berada di luar pengetahuan pihak saya.
"Penyertaan atlet berkenaan dalam acara tersebut tidak berada dalam pengetahuan saya selaku Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri dan saya sangat terkejut dengan laporan pihak lain tentang penyertaan tersebut pada hari kejadian serta amat berdukacita dengan berlakunya penyertaan ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Sebelum ini, portal media tempatan melaporkan berkenaan penyertaan dua atlet wanita Muslim yang mewakili Terengganu dalam sukan terjun pada Sukma 2024 meskipun sebelum ini penyertaan atlet gimnastik wanita muslim dihalang atas alasan pemakaian tidak patuh syariah.
Susulan itu, Ketua Pemuda Amanah Terengganu Wan Hasbi Wan Ahmad menyifatkan kerajaan negeri gagal menonjolkan atlet Muslim patuh syariah walaupun sering menguar-uarkan aspek tersebut termasuk menyekat penyertaan atlet gimnastik wanita ke Sukma.
Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, Persatuan Renang Amatur Terengganu juga telah melakukan kunjungan hormat kepada dirinya pada 5 Jun lepas untuk memohon pelepasan tersebut.
Menurutnya, ketika itu beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak dapat membenarkan sama sekali penyertaan tersebut kerana ia bercanggah dengan garis panduan yang telah ditetapkan meskipun ia melibatkan atlet bergama Islam bukan berasal dari Terengganu.
Bagaimanapun, Hishamuddin berkata, pihaknya pada masa sama turut mempertimbangkan kebenaran untuk atlet bukan Islam bagi acara tersebut.
Justeru, beliau telah meminta pihak pengurusan MSNT untuk menyediakan laporan lengkap berkaitan dengan penyertaan atlet wanita terbabit dalam acara terjun berkenaan.
"Kita akan memanggil pihak persatuan serta MSNT untuk memberikan penjelasan terperinci selepas selesai perjalanan Sukma 2024.
"Tindakan selanjutnya akan dibuat setelah selesai sesi pendengaran oleh pihak persatuan," jelas beliau.
Dalam pada itu, Hishamuddin turut menghargai semua pihak yang prihatin dengan isu tersebut.
"Jadi kita berharap tiada lagi kedengaran bahawa kerajaan Terengganu mendiskriminasikan wanita.
"Malah sebenarnya, kita sentiasa berusaha memartabatkan maruah kaum wanita muslim.
"Pada masa sama, Kerajaan Terengganu tidak menghalang pengamalan berpakaian kaum bukan Islam," ujarnya.-Sinar
Stadium Astro
Mon Aug 26 2024
Liga Super: Sang Saka Biru ikat Terengganu di Gong Badak
Terengganu terpaksa berpuas hati apabila berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 berdepan PDRM dalam aksi minggu ke-12 Liga Super 2024/2025 di Stadium Sultan Zainal Abidin, sebentar tadi.
Kesebelasan Utama Liga Super: Misi Terengganu kembalikan sokongan peminat
Misi Terengganu meyakinkan semula hati peminat apabila turun bertemu PDRM dalam perlawanan minggu ke-12 Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar nanti.
Liga Super: Terengganu akui masih berhutang namun tiada sekatan FIFA dikenakan
Terengganu sedang dalam proses menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain import, Adisak Kraisorn, susulan menerima surat arahan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 31 Ogos lalu.
Kesebelasan Utama Liga Super: Terengganu mahu ubati kekecewaan lalu, Selangor ingin beri tekanan
Terengganu merehatkan Ismaheel Akinade yang digantikan oleh Nelson Bonilla bagi mengemudi serangan untuk menewaskan naib juara Liga Super 2023, Selangor, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Tok Gajah, Terengganu sasar bangkit selepas tiga seri
Menjelang saingan minggu ke-12 Liga Super 2024/2025 esok, mampukah pasukan Sri Pahang dan Terengganu melakar kemenangan selepas terpaksa berpuas hati dengan tiga keputusan seri dalam tiga perlawanan sebelum ini?
Emas Anuar STL: Terengganu Turtles manfaat kelebihan sebagai tuan rumah, layak ke suku akhir
Pasukan tuan rumah, Terengganu Turtles, berjaya meneruskan kemaraan ke suku akhir Grand Prix (GP) Terengganu, Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Premier apabila menewaskan Bomba Fighters, sebentar tadi.
Piala Shopee: Terengganu putih mata sebab kesilapan individu -- Steinbruckner
Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, bingung memikirkan kesilapan individu yang menjadi batu penghalang skuadnya mengisi slot dua terbaik kumpulan dalam Kejohanan Kelab ASEAN (ACC), Piala Shopee malam tadi.
ACC Shopee Cup: Terengganu terlepas peluang raih kemenangan pertama
Terengganu melepaskan kelebihan dua jaringan ketika sekadar seri 2-2 dalam aksi Piala Shopee ACC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.
Separuh masa ACC Shopee Cup: Terengganu ledak dua gol sebelum menuju bilik persalinan
Terengganu menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama aksi Kumpulan A Piala Shopee Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.
Kesebelasan Utama ACC Shopee Cup: Mampukah Gong Badak kembali beri kelebihan kepada Terengganu?
Terengganu menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam misi mencari kemenangan pertama Kumpulan A Piala Shopee Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar nanti.
LeBron, Bronny play first game together
LeBron, Bronny play together
Liberty oust two-time defending champion Aces in semifinals; Sun force Game 5 vs. Lynx
New York returns to the WNBA Finals for the second consecutive season, while Connecticut staves off elimination.
Villa draw buys Ten Hag a little time, says Neville
Erik ten Hag eased some of the pressure with a 0-0 draw at Villa Park, but Gary Neville is not sure how much time he bought himself.
Real Sociedad 1-1 Atletico Madrid: Sucic stunner salvages point for hosts
Atletico Madrid played out a second consecutive 1-1 draw in LaLiga, this time being denied the three points by Luka Sucic's late leveller.
Nice 1-1 Paris Saint-Germain: Mendes rescues points to keep visitors unbeaten
Paris Saint-Germain could have reclaimed top spot in Ligue 1 with a win, but instead have to settle for second after a 1-1 draw with Nice.
Fiorentina 2-1 Milan: Gudmundsson seals win after De Gea penalty heroics
A dramatic encounter saw Fiorentina triumph thanks to two David de Gea penalty saves as they beat Milan 2-1 in Serie A.
Rangers 2-0 St. Johnstone: Cerny double provides Ibrox redemption
Following their Europa League thrashing by Lyon, Rangers returned to winning ways with Sunday's victory over St. Johnstone at Ibrox.
England 'realistic' about chances in Pakistan, says McCullum
England won 3-0 during their last trip to Pakistan in 2022, but Brendon McCullum has played down hopes of them pulling off a similar result.
Kompany not concerned despite Bayern's defensive issues in Frankfurt
Bayern Munich were caught on the break three times by Eintracht Frankfurt, though Vincent Kompany wanted to take the positives.
Manning bemoans Bristol City struggles after Severnside derby draw
Bristol City were fortunate to be just a goal down before Luke McNally salvaged a point against Cardiff City on Sunday.