Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah, jelas kecewa dengan persembahan anak buahnya yang sekadar meraih satu mata selepas terikat 2-2 berdepan Terengganu ketika beraksi di laman sendiri, malam tadi.

Dia berasakan dua jaringan yang dilepaskan skuad The Bos Gaurus umpama 'sedekah' kepada pasukan lawan dalam aksi di Stadium Ipoh itu.




Perak berpeluang untuk berada dalam kelompok empat terbaik dalam carta Liga Super 2024/2025 tetapi selepas aksi semalam menyaksikan dia berada di tangga ketujuh liga dengan 16 mata selepas 12 perlawanan.

"Kalau melihat dua jaringan petang ini (semalam) sebenarnya kami sedekah.. sedekah." katanya dengan nada kecewa.


Laporan penuh di Nadi Weekend malam ini.