Olimpian memanah recurve negara, Syaqiera Mashayikh, tekad membuka lembaran 2025 dengan sasaran utama disandarkan dalam temasya dwitahunan, Sukan SEA yang di Thailand, pada penghujung tahun depan.

Malah, dia percaya pasukan recurve wanita mampu membutirkan pingat dengan mengambil kira prestasi positif yang dipamerkan mereka di bumi Paris pada Ogos lalu.

"Kami akan mula bersaing pada bulan Februari dan sepanjang itu, kami akan fokus untuk perlawanan dan latihan.

"Saya yakin pasukan kami mampu memberikan saingan terbaik dan membawa pulang pingat buat negara.

"Kejuaraan Dunia di Hangzhou saya tak pasti sama ada akan ada ahli baru atau tidak nanti tetapi yang paling utama adalah Sukan SEA," katanya.

Terdahuhu, Syaqiera menerima insentif berjumlah RM1,000 daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi meraikan pencapaiannya menamatkan aksi di tangga ke-14 acara recurve wanita dalam Sukan Olimpik Paris 2024.