Zulkifli, yang beraksi sebagai tekong manakala Fadzli di bahagian perejam, didaftarkan untuk bergandingan dengan pemain muda musim ini dan diharapkan mampu membawa kelab Pantai Timur itu ke saingan akhir, sekali gus naik ke Divisyen Perdana musim depan.
Kelibat mereka tidak kelihatan ketika mesyuarat protokol bersama seluruh pasukan STL di Stadium Titiwangsa hari ini, lantas memaksa pihak pengurusan untuk meneruskan perlawanan pembukaan menentang MASUM UPM Knights esok dengan hanya empat tonggak sahaja sekiranya kedua-dua bekas tonggak kebangsaan itu masih gagal memunculkan diri.
Ironinya, menerusi satu hantaran di Facebook, kelibat Zulkifli dilihat bersama Kelab Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (GASTEP) beraksi dalam satu kejohanan dan mendapat kecederaan dalam perlawanan akhir.
"Perasaan saya (mengatakan) dia tidak mahu bermain untuk Terengganu Turtles tetapi kami akan tunggu sampai esok.
"Kami tidak dapat baca (karakter) Sobey dan berdasarkan latihan yang mereka ikuti (sebelum ini), kami harapkan mereka akan turun untuk perlawanan ini tetapi sampai sekarang masih belum ada khabar berita.
"Jadi esok kami hanya ada empat pemain yang dibarisi muka tahun lalu," kata pengurus Terengganu Turtles, Abu Bakar Yassin, dalam perkongsian bersama wakil Nadi Arena, Adam Zamri, hari ini.
Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan pembukaan Division 1 #STL2020 secara langsung pada 8 September di @astrogo.my , @stadium.astro dan saluran youtube @astroarenahd #STL2020 #INIMILIKKITA
Posted by SepakTakraw League on Monday, September 7, 2020
Badan pengelola kejohanan, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pula berpendapat mereka tidak boleh mencampuri sebarang permasalahan dalaman dialami pasukan itu, namun sedia bertolak ansur daripada segi penyenaraian pemain pada saat akhir.
"Sebagai ayah, PSM akan cuba bantu tetapi kami tidak akan berkompromi daripada segi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP).
"Walaupun berdepan sedikit masalah, ia boleh dikawal," kata Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail.