Penganjuran sukan larian menara kembali menghiasi Menara Kuala Lumpur apabila saingan Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 bakal berlangsung pada 8 Disember depan.

Sebanyak 1608 anak tangga pada ketinggian 292 meter menjadi cabaran setiap peserta untuk memecahkan rekod kejohanan sukan lasak itu.

"Sebelum ini, mereka memanjat 1576 anak tangga. Tahun ini, kami tingkatkan ketinggian kepada 1608 anak tangga.




"Harapnya ada rekod baru dipecahkan tahun ini," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Nazli Saad.

"Saya boleh katakan hampir 95 peratus saya akan memenanginya dan harapnya tiada masalah seperti kesihatan mengganggu perlumbaan ini.

"Dengan prestasi terkini, saya menjangkakan untuk memperbaharui catatan masa yang baru. Saya mengalu-alukan setiap peserta untuk mencabar saya dan saya gembira untuk menerima cabaran itu," kata pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching.