Setelah beberapa bulan menyepi, Shane McMahon kembali muncul di acara Raw dengan mempersembahkan sebuah konsep baharu bagi memberi nilai tambah kepada persembahan acara Raw.
Menamakannya sebagai Raw Underground, ia menampilkan konsep pertarungan terbuka tanpa undang-undang di mana sesiapa sahaja boleh naik ke gelanggang dan mencabar mana-mana lawan yang berhajat. Pemenang hanya dikira apabila pengadil mengesahkan salah seorang tidak terdaya untuk lagi untuk bertarung atau menyerah kalah.
Dengan persekitaran ala-ala babak pertarungan dalam filem Fight Club, Raw Underground ini akan memberi peluang baharu buat beberapa bintang WWE yang tidak disenaraikan untuk perlawanan utama di Raw untuk turut sama muncul sekaligus mempamerkan keupayaan mereka beraksi dengan tangan kosong.
Tambah menarik, ketika segmen kemuncak Raw semalam, trio yang menamakan diri mereka sebagai The Hurt Business iaitu Shelton Benjamin, Bobby Lashley dan ketua mereka MVP turut sama “menjajah” arena Raw Underground dan melampiaskan segala amarah mereka di gelanggang tersebut setelah kecewa kerana MVP tewas kepada Apollo Crews bagi perebutan Kejuaraan Amerika Syarikat, dan Shelton Benjamin pula terlepas Kejuaraan 24/7 kepada Akira Tozawa dalam perlawanan mereka sebelum itu.
Konsep Raw Underground ini nyata menarik kerana ia seakan-akan mengulangi semula konsep perlawanan Brawl For All yang diperkenalkan WWE pada penghujung era 90an dahulu, dengan menampilkan perlawanan tempur ala seni pertahanan diri campuran (Mixed Martial Arts) dan sukan tinju. Namun ia hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja kerana beberapa kontroversi menyelubungi perlawanan tersebut, ditambah dengan reaksi yang bercampur baur daripada penonton.
Dalam perkembangan lain, Seth Rollins mendapat pembalasan setimpal apabila teruk dibelasah dengan rotan kendo oleh Dominique Mysterio yang sebelum itu mencabarnya dalam perlawanan satu lawan satu di acara Summerslam hujung bulan ini.
Bersama Murphy, The Monday Night Messiah terdahulu cuba menggertak pengulas Tom Phillips di tepi gelanggang yang dakwanya melakukan ulasan secara pilih kasih dan mengapi-apikan semangat kepada Dominique di siaran Raw yang lepas. Mujur Samoa Joe yang turut berada di meja pengulas bangun mempertahankan rakan pengulasnya itu daripada menjadi mangsa korban Rollins dan balacinya Murphy.
Setelah cabar mencabar, Joe diajak bertarung ke gelanggang. Namun kerusi besi di tangan kedua-dua bintang menjelikkan itu menyukarkan usaha Joe untuk naik ke atas. Ketika itulah, Dominique muncul dari belakang dan membelasah keduanya menggunakan senjata rotan kendo, selajur menyebabkan Rollins dan Murphy berundur dan Rollins sendiri akhirnya bersetuju untuk menerima cabaran Dominique di Summerslam.
Keputusan lain di acara Raw semalam:
1. Ruby Riott dan Liv Morgan kembali bersatu di dalam Riott Squad dan menewaskan The IIconics.
2. Perlawanan di antara Juara Wanita Raw Sasha Banks dengan Shayna Baszler berakhir seri tanpa pemenang natijah daripada campur tangan Asuka yang menyerang Bayley di luar gelanggang.
3. Angel Garza tumpaskan Juara Beregu Raw Angelo Dawkins
4. Perlawanan di antara Andrade dan Juara Beregu Raw Montez Ford dihentikan apabila Ford tiba-tiba tumbang dipercayai akibat keracunan
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Summerslam pada 24 Ogos serta kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher
Wed Aug 05 2020
Logan Paul ikat kontrak bersama WWE
Bintang YouTube, Logan Paul, telah menandatangani perjanjian dengan WWE.
WWE Raw: Judgment Day khianati Edge
Biarpun pasukan Judgment Day cemerlang di acara WWE Hell in A Cell dua hari lalu sehingga berjaya menumpaskan gandingan AJ Styles, Finn Balor dan Liv Morgan, namun ia hanyalah sebuah permulaan kepada sebuah pengakhiran apabila Rhea Ripley dan Damien Priest bertindak membelasah pemimpin mereka Edge di acara Raw semalam.
WWE Wrestlemania Backlash: Ronda rampas kejuaraan Charlotte, The Bloodline perkukuh legasi
Setelah tewas hasil kelicikan Charlotte Flair di acara WWE Wrestlemania awal bulan lalu, akhirnya “Rowdy” Ronda Rousey berjaya menebus semula kekecewaannya apabila dijulang sebagai Juara Wanita Smackdown baharu di acara WWE Wrestlemania Backlash yang berlangsung pagi semalam.
Cody Rhodes kembali di Wrestlemania
Enam tahun kelibatnya langsung tidak kelihatan di WWE. Malah nekad bergusti di seluruh dunia bagi membina reputasinya yang tersendiri dan sempat mengasaskan sebuah organisasi gusti hebat sehingga berjaya menjadi pesaing rapat WWE dalam memecahkan dominasi gergasi sukan hiburan itu dalam industri gusti profesional.
Minggu Wrestlemania paling mempesonakan bermula
Dinamakan sebagai The Most Stupendous Wrestlemania, peminat gusti profesional di seluruh dunia begitu teruja untuk menantikan acara tahunan terbesar WWE itu dengan pelbagai pengisian menarik telah dijadualkan sepanjang hujung minggu yang padat dalam menuju kepada puncak acara pada Isnin ini.
Legenda gusti Scott Hall meninggal dunia
Seluruh dunia gusti profesional hari ini berdukacita dengan berita pemergian bintang legenda tersohor Scott Hall atau popular sebagai ‘The Bad Guy’ Razor Ramon pagi tadi.
Kebangkitan semula Richochet dengan Kejuaraan Antara Benua WWE
Kemenangan Ricochet dan diangkat sebagai Juara Antara Benua WWE amat mengujakan dan memberikan bayangan bahawa bintang muda berusia 33 tahun itu bersedia untuk bangkit semula.
Pertembungan penuh aksi di WWE Royal Rumble 2022
Acara yang amat dinanti-nantikan oleh para peminat gusti seluruh dunia iaitu WWE Royal Rumble akan kembali untuk edisi tahun 2022 pagi esok secara langsung di WWE Network saluran Astro 821.
WWE Raw: Alpha Academy tumbangkan RK-Bro
Dominasi Riddle dan bintang veteran Randy Orton dalam divisyen beregu di jenama Raw menemui titik noktah apabila mereka tewas kepada pasukan Alpha Academy gandingan Chad Gable dan Otis di acara Raw semalam.
WWE Day 1: Langkah kanan buat Brock Lesnar
Perlawanan yang pada asalnya hanya satu lawan satu di antara Seth Rollins dan Juara WWE Big E di acara sulung WWE untuk tahun 2022 bertukar menjadi empat penjuru dengan kemasukan Kevin Owens dan Bobby Lashley.
Seattle Sounders v LA Galaxy: Sluggish starts frustrating Vanney
Preview: Sounders v LA Galaxy
Haaland pinpoints collective Man City quality after four-goal blitz of Wolves
Haaland lauds City team effort
Verstappen follows up sprint race win by taking pole at Miami Grand Prix
Verstappen takes pole in Miami
Mallorca 0-1 Atletico Madrid: Early Riquelme strike earns narrow win
Report: Mallorca 0-1 Atletico
Sassuolo 1-0 Inter: Serie A champions suffer surprise defeat
Report: Sassuolo 1-0 Inter
Xavi insists there is 'no debate' over his Barcelona future
Xavi: I am p***** off
New York City FC v Colorado Rapids: Hosts’ morale strong as Cushing aims to extend winning run
Preview: NYCFC v Rapids
Swiatek topples Sabalenka in thrilling Madrid Open final
Swiatek wins Madrid Open
Ronaldo delivers another hat-trick as Al Nassr ease past Al Wedha
Al Nassr had Cristiano Ronaldo to thank for Saturday's thrashing of Al Wedha, in which Sadio Mane also impressed.
Burnley boss Kompany demands never-say-die attitude as Premier League relegation looms
Kompany: Burnley won't give up