"Sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi." -- Itulah perkongsian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selepas mengadakan pertemuan bersama Presiden Paris Saint-Germain di Doha, Qatar semalam.

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menggambarkan bakal ada perkara yang sudah semestinya membawa kelebihan dan keuntungan buat kedua-dua belah pihak.



"Sesuatu yang belum pernah kami lakukan sebelum ini," kata TMJ di X.

Dalam masa sama, Pemangku Sultan Johor itu juga bertemu Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, bagi menyokong inisiatif projek terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermula tahun depan.