Penyerang baru Real Madrid, Kylian Mbappe, bersedia untuk mendakwa bekas kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG), berhubung tunggakan gaji sebanyak €80j (RM407.44j) yang belum dibayar kepadanya.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ibunya, Fayza Lamari, selepas mereka enggan lagi untuk menunggu pasukan Ligue 1 berkenaan menunaikan kontrak yang dimeterai ketika dua tahun lalu.

“Sekiranya kami tidak ada pilihan lain, kami akan melaksanakan saman kepada mereka.

"Pun begitu, buat masa sekarang, harapan kami adalah supaya PSG menghormati kontrak yang ditandatangani sebelum ini.

Namun, difahamkan PSG tidak akan berganjak dengan keputusan untuk melunaskan hutang tersebut kerana mendakwa pemain kebangsaan Perancis itu sudah bersetuju untuk tidak menuntut tunggakan tersebut bagi memastikan dia dapat menyertai pasukan Liga Juara-juara Eropah itu.