Empat gol dalam tempoh 30 minit pertama membantu Milan meredakan tekanan terhadap Paulo Fonseca dengan kemenangan 4-0 ke atas Venezia semalam.

Milan melewati permulaan musim Serie A yang mengecewakan, dengan dua seri dan satu kekalahan, namun mereka bangkit mempamerkan persembahan yang memastikan kemenangan pertama musim ini.

Theo Hernandez memberikan gol pendahuluan dalam tempoh 88 saat buat Milan, sebelum mereka menggandakan jaringan 14 minit kemudian menerusi Youssouf Fofana.

Dua sepakan penalti, yang disempurnakan oleh Christian Pulisic dan Tammy Abraham memastikan kemenangan buat Milan.