Atlet gimnastik China, Zhou Yakin, mencuri perhatian meskipun berjaya meraih pingat perak di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, dia kembali ke rutin harian iaitu membantu perniagaan keluarganya.

Video atlet berusia 18 tahun itu tular di media sosial memperlihatkan dia membawa pesanan makanan daripada dapur sebuah restoran milik keluarganya di bandar Hengyang, China untuk dihantar kepada pelanggan.

Dia semestinya akan terus menjadi prospek pingat buat China dalam acara gimnastik untuk temasya Sukan Olimpik pada masa akan datang.