Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, hari ini berkongsikan sepotong video pertemuannya dengan keempat-empat puterinya.

Azizulhasni kembali ke Melbourne, Australia, selepas empat bulan meninggalkan keluarganya demi mempersiapkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam video berkenaan, anak-anaknya kelihatan amat merindui kelibat Olimpian lima kali negara itu sehingga mengalirkan air mata.

"Why you cry?" tanya Azizulhasni.

"I miss you," jawab salah seorang anak perempuannya.

Video: