Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menggesa rakyat Malaysia untuk berhenti menyerang Shinji Nakano, menegaskan wakil Jepun itu tidak sengaja melakukan pelanggaran dalam aksi final keirin Sukan Olimpik Paris semalam.
"Saya berada dalam kedudukan untuk memenangi pingat apabila saya sudah separuh melepasi basikal Nakano, tetapi tiba-tiba tayar belakang saya terkena. Kemudian, pelumba Australia (Matthew Glaetzer) yang berada di tempat keenam... yang telah berputus asa mengejar pelumba lain... menamatkan saingan di tempat ketiga.
"Sejak pagi tadi (11 Ogos), saya telah menetapkan fikiran saya bahawa saya boleh memenangi pingat. Jika saya tidak mencabar pingat sama sekali, saya boleh menerimanya, tetapi ini sukar untuk ditelan," katanya.
Shah Firdaus menuju selekoh terakhir dengan peluang meraih pingat gangsa, namun sayangnya terlibat dengan kemalangan dengan pelumba jepun, Shinji Nakano, sehingga terjatuh.
Menerusi laman sosial Tik Tok, Shinji memohon maaf atas perkara yang berlaku dan meminta untuk tidak melibatkan nama serta ahli keluarganya.
"Saya memohon maaf kepada Malaysia atas kesilapan saya," katanya.
"Saya juga meminta untuk tidak menghina nama keluarga saya.
"Saya seharusnya bertanggungjawab dan meminta supaya tidak melibatkan ahli keluarga saya."
Pingat emas milik pelumba pilihan dari Belanda, Harrie Lavreysen, diikuti dua pelumba Asutralia, Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer.
Stadium Astro
Mon Aug 12 2024
Kembali berkayuh atau sebagai jurulatih, Azizulhasni kata tunggu jawapan selepas Umrah
Meskipun tiada pengumuman secara rasmi dibuat mengenai persaraannya, Datuk Azizulhasni Awang tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke arena pedal sebagai atlet mahupun seorang jurulatih.
PKBM, MSN sambut baik andai Azizulhasni mahu kembali dalam Program Podium
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) menyambut baik seandainya Datuk Azizulhasni Awang mahu kekal berada di dalam Program Podium tahun depan.
Azizulhasni kenang jasa MSN
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menghargai jasa Majlis Sukan Negara (MSN), yang menjadi tulang belakang sepanjang kariernya sejak 20 tahun lalu.
LA 2028: Azizulhasni pilih beraksi atau tidak?
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
LA 2028: ISN sedia beri bantuan jika Azizulhasni belum mahu bersara
Institut Sukan Negara (ISN) sedia memberikan bantuan yang diperlukan oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, seandainya Olimpian negara itu mengubah pendirian untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Josiah Ng mahu Azizulhasni Awang terus berjuang
Susulan keputusan untuk bersara yang bakal dibuat oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, selepas Sukan Olimpik Paris, bekas rakan seperjuangannya, Josiah Ng tampil dengan kenyataan dimana sekiranya Azizul bersara, ia sesuatu yang sangat menyedihkan buat legasi kariernya.
Selepas empat bulan, Azizulhasni akhirnya dapat peluk kesemua puterinya
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, hari ini berkongsikan sepotong video pertemuannya dengan keempat-empat puterinya.
Jika Azizulhasni belum mahu bersara, saya sentiasa di sisinya sebagai jurulatih -- John Beasley
Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley, bersedia untuk terus melatih Datuk Azizulhasni awal seandainya Olimpian lima kali negara itu memilih untuk tidak bersara.
Terima kasih Datuk Azizulhasni, The Pocket Rocketman
Buat Datuk Azizulhasni Awang,
Sudah sampai masa Azizulhasni jadi jurulatih
Sudah tiba masanya untuk jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, mencurahkan bakti sebagai jurulatih selepas mengumumkan persaraan usai Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.
Newcastle in ‘much better place’ ahead of festive fixtures, says Howe
Preview: Aston Villa v Newcastle
France cannot 'be afraid of anyone' in tough Euro 2025 group, says Mateo
Mateo: France can't be afraid
LaLiga strugglers Valencia sack head coach Baraja
Valencia part ways with Baraja
'We will find a way' - Guardiola determined to get Man City out of slump
Preview: Man City v Everton
Nuno tempers Forest's top four expectations ahead of Tottenham reunion
Nuno tempers top four chances
Monza part ways with head coach Nesta after dismal Serie A start
Monza confirm Nesta sacking
Arteta confirms Arsenal injury blow as Saka ruled out for 'many weeks'
Arteta confirms Saka injury blow
Carragher: Real Madrid move could tarnish Alexander-Arnold legacy
Carra: Madrid move not good for TAA
Ferrari principal prepared to 'take risks' in 2025 F1 championship fight
Vasseur ready to take risks
'It's not going to change' - Postecoglou doubles down on attacking approach
Ange: Spurs' style will not change