Ketua jurulatih Kelantan Red Warrior (KRW), Irfan Bakti Abu Salim, menjelaskan matlamatnya adalah untuk membawa kelab dari Pantai Timur itu kembali ke saingan utama Liga Malaysia.

Pengendali berusia 73 tahun itu turut berkongsikan ketika era kegemilangan pasukan kendaliannya itu yang mempunyai penyokong luar biasa berbanding kini.







Dia secara rasminya diumumkan selaku ketua jurulatih pada 16 Januari lalu dengan pengalamannya lebih dari 30 tahun dalam kancah liga Malaysia semestinya ditagih KRW.





"Kami akan cuba bawa kembali dimana Kelantan sepatutnya berada, kerana orang Kelantan ini pelik dalam bola... gila.

"Sebelum JDT gila, Kelantan gila dulu. Pelopor, kita dahulu kemudian baru JDT. Saya pergi stadium awal sudah penuh dengan warna merah penyokong." katanya dalam sidang media di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, baru-baru ini.