Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan bahawa Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 selepas mendapat undian dalam Mesyuarat Luar Biasa Kongres FIFA yang berlangsung semalam.

Negara Timur Tengah itu merupakan pembida tunggal untuk peringkat akhir dalam tempoh 10 tahun, dengan kongres FIFA menerusi talian mengundi memihak kepada Arab Saudi walaupun terdapat kontroversi mengenai bidaan itu.

Maghribi, Sepanyol dan Portugal akan menjadi tuan rumah bersama dalam edisi Piala Dunia 2030 dengan tiga perlawanan pertama kejohanan itu akan berlangsung di Uruguay, Argentina dan Paraguay.

Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2030 pula akan dimainkan di Uruguay bagi menandakan 100 tahun sejak pusingan akhir pertama 1930 apabila La Celeste menewaskan Argentina sebelum ini.






Perjanjian untuk Amerika Selatan mengadakan perlawanan pembukaan pada edisi 2030 -dicapai pada Oktober tahun ini- membuka jalan untuk Arab Saudi menjadi tuan rumah tunggal pada tahun 2034 nanti.

Sebelum ini, Australia dianggap sebagai satu-satunya pencabar realisitik kepada Arab Saudi, namun mereka telah mengesahkan pada Oktober tahun lalu bahawa mereka tidak akan membida.