Edisi kedua Selangor Asia Challenge (SAC) pada musim ini bakal menyaksikan The Red Giants akan turun berentap dengan pasukan dari tiga buah negara bagi menguji kekuatan sebenar kelab itu yang akan membuka tirainya pada 26 April hingga 28 April ini.

Tiga pasukan yang telah dijemput bagi edisi kali ini adalah Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) dari Brunei, Balestier Khalsa FC dari Singapura, dan Young Elephants FC dari Laos.

Empat kelab dari rantau Asia Tenggara ini akan berentap di Stadium MBPJ, Kelana Jaya sebagai medan perlawanan yang juga merupakan gelanggang rasmi Selangor dalam saingan liga musim depan serta dengan format yang berbeza berbanding kejohanan SAC pada musim lalu.



Saksikan semua perlawanan Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 secara langsung di Astro Arena HD.