Berada dalam Kumpulan B bersama Penang dan Selangor, skuad sukma Wilayah Persekutuan sedar dengan keperluan mereka untuk tidak terlalu akur dengan kelebihan skuad Osmera Omaro.

Menyedari pihak lawan memiliki tempoh persediaan lebih lama selain keserasian Selangor yang turut beraksi dalam Liga Wanita Nasional (LWN) membuatkan MSWP lebih berwaspada.

Kini, skuad bola sepak wanita Wilayah Persekutuan berada di fasa akhir persediaan sebelum ke menjelang saingan Sukan Malaysia 2024 (SUKMA).

Dalam aksi persahabatan bertemu Galaxy Girl skuad bimbingan Mohamad Nor Faez Alias cemerlang membenam pihak lawan dengan enam jaringan tanpa balas di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

"Keputusan dalam bola sepak sukar dijangka, anda boleh cakap mengenai pasukan ini tetapi perkara yang penting adalah ketika di atas padang nanti ketika kami beraksi 90 minit yang akan menentukan.

"Saya yakin boleh beri saingan kepada mereka dan saya berharap pasukan terbaik yang akan meraih kemenangan nanti.

"Perlawanan persahabatan juga adalah satu jalan untuk saya cari kesebelasan terbaik kerana berdepan pasukan lawan yang bagus." Katanya kepada Nadi Arena.