Selepas kehilangan Ismaheel Akinade, Kelantan Darul Naim (KDN), segera mendapatkan pengganti, Valdumar Augusto, yang perlu dibuktikan ketajamannya di depan gol bagi memberi saingan kepada pasukan lain.

Bekas ketua pasukan Selangor, Brendan Gan Seng Ling, memilih Kuala Lumpur City (KL City), sebagai destinasi barunya menjelang saingan Liga Super Malaysia (MFL) 2024/2025.

Tonggak Harimau Malaya itu merupakan antara individu penting dalam saingan liga musim lalu bersama Selangor selepas membantu kelab bekas majikannya itu melangkah ke saingan Liga Juara-Juara 2 (ACL 2).

Pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Manuel Hidalgo, kembali perkuat pasukan Sri Pahang, selepas meninggalkan kelab itu dua musim lalu.

Hidalgo, semestinya ditagih khidmatnya di bahagian kanan skuad Tok Gajah untuk membantu serangan yang akan di ketuai oleh penyerang berbakat, Kpah Sherman.

Negeri Sembilan melengkapkan senarai enam tonggak import dengan kehadiran penyerang, Miguel Angel Junco Martinez. Ketika bersama KTP selama dua tahun sejak 2022, Mika membuat 35 penampilan dengan meledak 21 jaringan.