Polis Diraja Malaysia hari ini menyebarkan lakaran wajah suspek kes simbah asid ke bintang bola sepak Harimau Malaya dan Selangor.

Suspek berkenaan dianggarkan berusia 30 tahun, berketinggian 165sm dan berkulit sawo matang.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu seperti lakaran fotofit berkenaan diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat dan hubungi talian yang tertera.