Bintang baru Johor Darul Ta'zim (JDT), Jalil Elias, menjadikan debut bersama skuad Harimau Selatan itu sebagai lonjakan semangat untukn mengharungi musim pertamanya dalam Liga Super Malaysia.

Bekas pemain tengah San Lorenzo itu mengakui peluang beraksi penting untuk membina keyakinan setelah berdepan persaingan sengit merebut tempat dalam kesebesalan utama.

"Saya sangat gembira kerana dapat beraksi kerana saya sudah menunggu untuk saat ini.

"Saya juga gembira dapat membantu pasukan meraih kemenangan jadi ia satu permulaan yang baik buat pasukan dan kami akan terus meningkatkan prestasi pasukan dan kekal positif," katanya.

Pemain kebangsaan Syria itu membentuk gandingan bersama Juan Muniz, Heberty Fernandez dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah ketika bertemu pasukan Negeri Sembilan, semalam.