Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.

Katanya, ia susulan kes serangan yang melibatkan dua pemain bola sepak iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.

“… ada sampai laporan kepada kita tentang kewujudan beberapa laman sosial dalam bentuk Facebook dan segala macam yang kemudiannya menyasarkan beberapa pemain-pemain bola kebangsaan ini.

“Saya baru peringkat awal menerima laporan itu, saya percaya pihak polis akan lakukan langkah seterusnya,” katanya selepas Seminar On Cybercrime And Substance Abuse Consciousness di MITEC hari ini.

Berita Berkaitan: Terkini: Selangor asingkan beberapa pemain berpotensi jadi mangsa serangan seterusnya

Berita Berkaitan: Faisal bakal jalani pembedahan jam 5 petang


-- Astro Awani