Muzaffar Musa
Wed Jun 02 2021

James Harden berkata Brooklyn Nets merupakan satu "pasukan yang amat-amat istimewa" selepas memastikan kemenangan 4-1 dalam siri pusingan pertama playoff NBA susulan menewaskan Boston Celtics 123-109 hari ini.
Nets layak ke separuh akhir Persidangan Timur dan akan menentang Giannis Antetokounmpo dan the Milwaukee Bucks, yang menewaskan Miami Heat 4-0 dalam siri pusingan pertama itu.
Harden merekodkan 34 mata 'triple-double' pada ketika gandingannya bersama dua lagi bintang Nets, Kevin Durant dan Kyrie Irving -- masing-masing dengan 24 dan 25 mata -- semakin serasi sejak kerap beraksi bersama.
"Kami pasukan istimewa, terutama ketika kami bersama sewaktu bertahan," kata Harden kepada ESPN selepas perlawanan itu.
"Apabila kami dapat melakukan tiga atau empat halangan berturut-turut, kami menjadi pasukan yang amat-amat istimewa. Secara menyerang pula, kami tiada masalah, kami mempunyai kemampuan besar."
Harden juga gembira apabila memiliki banyak peluang untuk beraksi bersama Durant dan Irving selepas terlepas 18 perlawanan pada penghujung musim ini berikutan kecederaan paha.
"Kami berdepan terlalu banyak kesukaran, kecederaan, protokol COVID-19 atau apa sahaja, kami melaluinya dengan kepayahan sepanjang musim ini, jadi saya berasa amat baik untuk beraksi dalam perlawanan bermakna seperti ini.
"Amat jelas anda tidak mahu kalah dalam perlawanan playoff. Ia membuatkan kami berasa bahawa ia masanya untuk kami bersatu.
"Kami melakukan tugas dengan amat baik hari ini. Mereka benar-benar pasukan yang bagus. Mereka kekurangan beberapa pemain tetapi masih berjuang," katanya lagi.

NBA denda James Harden gara-gara komen burukkan Philadelphia 76ers
Tindakan James Harden terus memburuk-burukkan Philadelphia 76ers kini mengundang padah.

NBA: 76ers tanpa khidmat Harden selama sebulan
James Harden berdepan sebulan di tepi gelanggang selepas bintang Philadelphia 76ers itu mengalami kecederaan ketegangan tendon kaki kanannya.

NBA: James Harden lega peroleh kemenangan pertama
Bintang Philadelphia 76ers, James Harden, berkata beban di bahu setiap pemain akhirnya bebas selepas memperoleh kemenangan pertama apabila mengatasi Indiana Pacers 120-106.

NBA siasat unsur kontrak James Harden
NBA akan memulakan siasatan ke atas Philadelphia 76ers berhubung kemungkinan melanggar peraturan kontrak yang membabitkan James Harden, P.J. Tucker dan Danuel House Jr, menurut Adrian Wojnarowski daripada ESPN.

NBA: James Harden abai kontrak pilihan pemain 76ers bernilai RM208.8j
James Harden telah menolak pilihan pemainnya yang akan membolehkannya mengaut $47.4 juta (RM208.8j) pada musim akan datang apabila memilih menjadi ejen bebas tanpa had, di sebalik menunjukkan minat menyambung kontrak dengan Philadelphia 76ers.

NBA: Embiid lebarkan rekod jaringan ketika 76ers atasi Thunder
Joel Embiid melebarkan rekod jaringannya ketika Philadelphia 76ers memenangi perlawanan pertama mereka sejak ketibaan James Harden.

NBA Play-off: Irving, Harden sah terlepas aksi bertemu Bucks
Bintang Brooklyn Nets, Kyrie Irving dan James Harden bakal terlepas Permainan 5 separuh akhir Eastern Conference bertemu Milwaukee Bucks ekoran kecederaan.

NBA Playoff: Kecederaan hamstring kembali hantui Harden
James Harden telah meninggalkan permainan pembukaan Brooklyn Nets pada separuh akhir menentang Milwaukee Bucks setelah sekali lagi mengalami kecederaan hamstring kanannya.

NBA Playoff: Harden yakin peluang terbaik muncul juara bersama Nets
Bintang Brooklyn Nets, James Harden, percaya ini adalah peluang terbaiknya untuk memenangi kejuaraan NBA ketika pasukannya membuat persiapan bertemu Milwaukee Bucks.

Playoff NBA: Nets pasukan istimewa, kata Harden selepas singkir Celtics
James Harden berkata Brooklyn Nets merupakan satu "pasukan yang amat-amat istimewa" selepas memastikan kemenangan 4-1 dalam siri pusingan pertama playoff NBA susulan menewaskan Boston Celtics 123-109 hari ini.

Tony Mowbray wants teams to fear Sunderland after another strong away display
The Black Cats were 3-0 winners at struggling Sheffield Wednesday.

Captain Ardie Savea proud of New Zealand’s 14-try drubbing of Italy
The All Blacks ran in 14 tries in a 96-17 victory in Lyon.

It is the food – Mikel Arteta suggests reason behind string of Basque coaches
Arteta will come up against old friend Andoni Iraola at Bournemouth on Saturday.

Only action from players will prompt changes to brutal schedules – Pep Guardiola
The Manchester City boss says he is ‘not going to influence anyone’.

Ange Postecoglou had a love of Liverpool as a youngster but says ‘things change’
The Spurs boss will aim to protect his lengthy unbeaten home record in league fixtures on Saturday night.

Barcelona gifted win over Sevilla by Sergio Ramos own goal
The former Real Madrid defender diverted Lamine Yamal’s header past his own keeper.

New Zealand close on World Cup quarter-final spot with 14-try mauling of Italy
Aaron Smith scored a first-half hat-trick as the All Blacks ran riot in Lyon.

Sheffield Wednesday hit a new low as Sunderland ease to victory at Hillsborough
The Black Cats won their fourth match in five comfortably.

Ben Earl raised eyebrows when he first arrived at Saracens, says Maro Itoje
The dynamic back row is taking his debut World Cup by storm.

Five-star Hamilton too hot for Annan
Accies hit four goals in the second half to make it seven wins from eight matches.