Pasukan dari Indonesia mempamerkan penguasaan mereka dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) apabila kesemua wakil mereka layak le pusingan playoff Liga Jemputan Profesional MLBB (MPLI), Piala Jemputan Empat Negara.

Onic Esports, Alter Ego dan Genflix Aerowolf, masing-masing menamatkan pusingan kelayakan selaku pasukan tebaik, sekali gus menyaksikan pusingan playoff akan didominasi pasukan dari Indonesia.

Juara MPL Indonesia, RRQ.Hoshi, dan naib juara, Evos Legends, sudahpun mengesahkan kemaraan ke pusingan utama, yang bermula Jumaat ini.


Menjelang pusingan kelayakan kedua, Bosskurr dan Todak muncul wakil negara yang masih bersaing dengan peratusan kemaraan yang rendah -- pasukan SMG tersingkir seminggu lebih awal -- tetapi keputusan dalam saingan itu tidak memihak mereka.

Bosskurr tewas 0-2 kepada Alter Ego dan menamatkan saingan Kumpulan B di tangga ketiga Sabtu lalu manakala Todak melengkapkan saingan Kumpulan A dengan menewaskan SMG 2-1 dan tewas 0-2 kepada Aurafire, Jumaat lalu.


Ia bermakna, naib juara MPL Malaysia/Singapura, Geek FAM, akan menjadi satu-satunya wakil negara dalam pusingan playoff -- menentang Genflix Aerowolf.


Juara MPL MY/SG, Resurgence, dan Juara MPL Myanmar, Burmese Ghouls, akan berdepan sesama sendiri dalam satu lagi perlawanan playoff bagi melengkapkan lapan pasukan terbaik kejohanan itu.