Peluang untuk terus bersinar dan menikmati peluang menjadi sebahagian pasukan yang boleh melangkah jauh di Piala Asia AFC Qatar 2023 memastikan Elias Dolah dari Thailand untuk terus kekal bermotivasi menjelang pertembungan Pusingan 16 dengan Uzbekistan di Stadium Al Janoub pada Selasa.

Skuad Gajah Perang menduduki tempat kedua dalam Kumpulan F, mara ke peringkat kalah mati untuk kali kedua berturut-turut, setelah sebelum ini tersingkir dari Piala Asia AFC di peringkat kumpulan dalam setiap empat penampilan mereka antara 1992 dan 2007.

"Kami benar-benar bersedia, terutamanya dalam perlawanan terakhir kami dapat menukar kesebelasan utama dan berjaya tamatkan perlawanan dengan keputusan seri," kata Dolah.

“Saya fikir skuad penuh sudah bersedia kerana kami semua mempunyai masa bermain dan berehat juga, jadi kami bersedia untuk ksli ini."

“Bagi saya secara peribadi, saya rasa mudah untuk bermotivasi kerana saya mahu beraksi di Doha selama mungkin. Ia adalah tempat yang bagus untuk menjadi pemain bola sepak, dalam suasana sebegini dan punya kemudahan latihan yang terbaik,"

"Mungkin benar kami mencapai objektif utama kami, tetapi jurulatih juga bertegas bahawa kami mahu kekal di sini dan bermain empat lagi perlawanan, iaitu sehingga ke final. Dia percaya kepada kami dan dalam fikiran kami, kami di sini untuk berjuang ke peringkat akhir.”

Membina asas pertahanan yang kukuh di bawah ketua jurulatih Jepun, Masatada Ishii, tanpa bolos dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan mereka, menewaskan Republik Kyrgyzstan 2-0 dan seri dua perlawanan seterusnya dengan Oman dan Arab Saudi 0-0.

“Apa yang kami dapat lakukan dengan tidak melepaskan gol, dengan kerja keras dan usaha daripada jurulatih dan pemain. Dia sangat terperinci dalam strategi permainannya dan bagaimana dia mahu kami bermain. Kami akan terperinci dalam persiapan kami untuk permainan ini juga sebagai perlawanan peringkat kalah mati.

“Kami tidak mahu melepaskan sebarang gol kerana itulah cara kami mahu memenangi perlawanan dan jika kami boleh menjaringkan gol maka kami akan berjaya. Kami yakin dengan pelan permainan kami dan objektif kami adalah untuk mencapai peringkat seterusnya.”