Ketua jurulatih Singapura, Tsutomu Ogura, menganggap pertemuan menentang Malaysia sebagai perlawanan yang penentu bagi membuktikan siapakah yang paling layak untuk ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), esok.

Begitupun, di sebalik aksi hangat itu, pengendali kelahiran Jepun itu menegaskan bahawa pasukannya berdepan kesukaran tertentu disebabkan perlu mengharung dua perlawanan dalam masa empat hari.

"Kami melakukan persiapan menentang Malaysia kerana mereka merupakan lawan yang bagus.

"Kami hanya mempunyai dua hari termasuk sesi pemulihan daripada aksi lalu dan perlu bangkit untuk menentang Malaysia, esok.




"Kami tidak pasti mengapa kami perlu bermain selama 120 minit menentang Thailand dan mengakibatkan pemain penat.

"Keadaan pemain menjadi kebimbangan saya kerana mereka keletihan dan berharap mereka mampu melakukannya," katanya ketika sidang media praperlawanan.