Pembukaan saingan Liga Super Malaysia 2024/25, perlawanan Sumbangsih mempertemukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah tetap diteruskan, Jumaat ini.

Perlawanan akan dilangsungkan pada Jumaat, 10 Mei 2024 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor dengan sepak mula bermula jam 9 malam.

Ikuti siaran langsung perlawanan ini di saluran Astro Arena 801 serta live streaming menerusi aplikasi Astro Go bermula dengan rancangan pra-perlawanan pada jam 8.00 malam.