Walaupun masih dihimpit masalah tunggakan gaji, pemain Kedah Darul Aman (KDA) dilihat tetap turun menjalani latihan di Stadium Darul Aman, Alor Setar petang semalam.
Sang Kenari tidak beraksi dalam beberapa perlawanan Liga Super baru-baru ini selepas penangguhan perlawanan menentang Sabah FC pada 28 September lalu.
Seramai 14 pemain turun menjalani latihan bersama ketua jurulatih, Nafuzi Zain, dan barisan kejurulatihan walaupun dalam suasana hujan bagi persiapan menghadapi aksi Liga Super menentang Terengganu FC di laman sendiri pada 19 Oktober ini dan perlawanan tertunda bertemu Sabah FC pada 29 Oktober ini.
Antara pemain yang hadir menjalani latihan ialah ketua pasukan, Sony Norde, termasuk semua pemain import, iaitu Milos Gordic, Jose Cleylton, Sukhrob Nurullaev dan Ebenezer Assifuah.
Turut kelihatan ialah Rizal Ghazali, Wan Amirul Afiq, Akmal Zahir, Ariff Farhan, Kamil Akmal, Fayadh Zulkifli, Loqman Hakim, Aiman Afif dan Heshamudin Ahmad.
Menurut sumber, dijangka pemain-pemain lain juga akan turun menyertai latihan bersama pasukan selepas urusan peribadi masing-masing selesai.
“Semua sudah maklum dengan keadaan situasi masalah kewangan yang dihadapi pasukan ini tapi pemain Kedah dilihat tetap profesional untuk hadir menjalani latihan pada petang ini.
“Pada hari ini, seramai 14 pemain telah turun, mungkin esok atau hari seterusnya akan ada lagi yang akan turun berlatih,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan pemain Sang Kenari kembali memboikot sesi latihan selepas kejayaan mengikat Sri Pahang 2-2 di Stadium Darul Aman pada 21 September lalu.
Mereka bertindak sedemikian selepas masalah kewangan masih gagal diatasi oleh pihak pengurusan.
Pada awal bulan lalu, pemain KDA memboikot sesi latihan kerana masalah gaji yang menghantui mereka sehingga menyaksikan skuad muda terpaksa diturunkan dalam aksi Liga Super yang menyaksikan mereka tewas 0-5 kepada Kuala Lumpur City pada 14 September lalu di Cheras.
--Sinar Harian
Stadium Astro
Sun Oct 06 2024
EPL: Man United kempunan lagi, seri berdepan Aston Villa
Juara Piala FA musim lalu, Manchester United, gagal mendapatkan tiga mata penuh apabila terikat tanpa jaringan 0-0 bertemu tuan rumah, Aston Villa, di Villa Park, sebentar tadi.
Liga Super: Kehadiran Jese Rodriguez beri kesan besar -- Asmawi Bakiri
Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, mengakui teruja dengan kehadiran bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo, Jese Rodriguez, yang terbukti kehebatannya untuk memperkuat barisan serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) lebih-lebih lagi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE
Saya akan kembali ke Eropah -- Allee Putra
Bekas pemain Kelantan, Allee Putra Azril, menegaskan bahawah tiada istilah putus asa dalam kamus hidupnya untuk mengejar impian beraksi bersama kelab Eropah.
AWCL: Sabah tewas 7-0 kepada Wuhan Jiangda
Pasukan tuan rumah, Wuhan Jiangda, menidakkan impian pasukan Sabah wanita apabila tersingkir daripada Liga Juara-Juara Asia Wanita selepas dibelasah 7-0 di Pusat Sukan Budaya Hankou, sebentar tadi.
Harimau Malaya hilang khidmat Dion Cools bertemu New Zealand
New Zealand jadi medan terbesar uji kekuatan sebenar skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Auckland pada 14 Oktober depan
Liga Super: Berapa aksi lagi nak kena tunda? -- TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sekali lagi menyuarakan kekesalan terhadap kualiti padang bola sepak di negara ini.
Liga Super: 'Tangguh perlawanan dua kali menyusahkan penyokong'
Tindakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan di antara Perak dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) buat kali kedua di Stadium Perak amat mengecewakan penyokong kedua-dua pasukan.
Pemain Kedah tetap hadir jalani latihan
Walaupun masih dihimpit masalah tunggakan gaji, pemain Kedah Darul Aman (KDA) dilihat tetap turun menjalani latihan di Stadium Darul Aman, Alor Setar petang semalam.
LaLiga: Szczesny perlu sabar tunggu penampilan pertama dengan Barcelona
Penjaga gol baru Barcelona, Wojciech Szczesny, tidak dapat melakukan penampilan pertamanya menentang Alaves dalam saingan LaLiga malam ini dan perlu menunggu sehingga tamat waktu rehat antarabangsa untuk melakukannya.
Serie A: Hatrik Thuram bawa Inter Milan terus saingi kelompok atasan
Marcus Thuram menjaringkan hatrik ketika Inter Milan menewaskan 10 pemain Torino 3-2 dalam aksi Serie A di Stadio Giuseppe Meazza awal pagi tadi.
Liverpool edge Tottenham in thriller as injury-hit Everton hold Arsenal
Liverpool came out 3-2 victors in a five-goal thriller with Tottenham on Sunday, while Everton frustrated Arsenal.
Emery: Villa 'missed some energy' in Man Utd stalemate
Unai Emery believes Aston Villa's Champions League heroics against Bayern Munich took their toll in the 0-0 draw with Manchester United.
Chelsea 'deserved to win', says Maresca
Chelsea dominated proceedings at Stamford Bridge but were held to a 1-1 draw by 10-man Nottingham Forest after coming back from behind.
Deportivo Alaves 0-3 Barcelona: Lewandowski hat-trick seals emphatic win
Robert Lewandowski's superb start to the season continued, as his hat-trick secured Barcelona a win against Deportivo Alaves.
Ten Hag insists Man Utd 'all on board together' amid future speculation
Ten Hag: Everyone on same page
Aston Villa 0-0 Manchester United: Visitors' winless streak continues after Villa Park stalemate
Manchester United are now without a win in five matches across all competitions following their stalemate with Aston Villa.
Chelsea 1-1 Nottingham Forest: Madueke equaliser earns Blues a point against 10-man visitors
Report: Chelsea 1-1 Forest
Motta bemoans profligate Juve showing after Cagliari snatch draw
Juventus dominated for large parts against Cagliari but failed to make their control pay dividends in Sunday's Serie A clash.
Girona 2-1 Athletic Bilbao: Gazzaniga penalty saves set the stage for late Stuani winner
Girona ended their six-game winless streak in all competitions with some late drama, snatching a 2-1 win over Athletic Bilbao in LaLiga.
Manchester City 2-0 West Ham: Hemp hits 50th goal in routine win
Lauren Hemp became the youngest player to score 50 Women's Super League goals as Manchester City overcame West Ham 2-0 on Sunday.