New Zealand jadi medan terbesar uji kekuatan sebenar skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Auckland pada 14 Oktober depan.

Pasukan yang berada di ranking ke-95 dunia itu bakal memberikan peluang cukup berharga buat skuad kebangsaan menunjukkan taring terhadap pasukan lawan.




Skuad kendalian Pau Marti Vicente akan berkelana di Auckland selama seminggu sebagai persiapan rapi sambil menyesuaikan diri dengan keadaan semasa di sana selain membentuk perpaduan dalam pasukan.

Pun begitu, tonggak utama Buriram United, Dion Cools, tidak dapat bersama dalam siri jelajah kali ini ekoran urusan keluarga, sekali gus menyaksikan hanya 26 pemain sahaja yang akan berlepas.