Juara Klasik London, S Sivasangari berada di landasan yang tepat untuk mengikut jejak langkah ratu skuasy negara, Datuk Nicol David setanding dengan jagoan elit dunia dalam arena sukan tersebut.
Penganalisis sukan, Rizal Hashim berkata, pemain berusia 25 tahun itu bagaimanapun perlu diberikan peluang untuk melalui proses pembinaan kerjaya yang betul sekali gus mengelak tekanan tinggi ke atasnya.
Beliau berkata, Sivasangari berjaya meneruskan momentum positif setelah meraih pingat emas dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 tahun lalu dan kemudian merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Klasik London pada Isnin.
“Sivasangari berada di landasan yang betul untuk mengikut jejak langkah Nicol.
“Cuma kita kena bagi ruang untuk Sivasangari bernafas. Jangan terlalu cepat sanjung sehingga beri tekanan berganda. Biar dia berkembang pada kadar sedia ada.
“Selepas menang emas di Sukan Asia, Sivasangari meneruskan rentak positif dalam kariernya,” katanya.
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy, 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 untuk mengungguli kejohanan bertaraf emas tersebut di Alexandra Palace London.
Rizal berkata, Sivasangari melalui perjalanan yang sukar selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang memaksanya berehat lama untuk menjalani proses pemulihan.
Tambahnya, bagi meneruskan momentum kemenangan tersebut dan untuk memastikan prestasinya kekal berada pada tahap terbaik, pemain yang berasal dari Kedah itu perlu kekal menjalani latihan di luar negara.
“Bukan senang untuk seorang atlet berprestasi tinggi berehat lama akibat kecederaan daripada kemalangan untuk kembali cergas dan mendominasi peringkat antarabangsa. Kita biarkan Sivasangari mendaki ranking secara sistematik.
“Saya percaya dengan sokongan semua pihak, Sivasangari boleh memenuhi potensi dengan syarat dia kena terus berkampung di luar negara.
“Sivasangari berada di Cornell, New York menerima asuhan daripada juara dunia dua kali, David Palmer, manakala Nicol dulu bermastautin di Amsterdam.
“Persekitaran luar Malaysia harus membantu Sivasangari agar terus fokus kepada kerjaya demi mengharumkan nama negara,” katanya.-Sinar
Stadium Astro
Fri Apr 05 2024
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Juara Klasik London, S Sivasangari berada di landasan yang tepat untuk mengikut jejak langkah ratu skuasy negara, Datuk Nicol David setanding dengan jagoan elit dunia dalam arena sukan tersebut.
Nicol David imbas momen indah Sukan Komanwel 1998
Atlet negara berada dalam mod sedia untuk sebarang kejohanan atau temasya, termasuk Sukan Komanwel 2026 sekiranya Malaysia memutuskan untuk menganjurkannya dua tahun lagi selepas Victoria, Australia menarik diri.
Siapa atlet wanita terbaik anda pada Hari Wanita Sedunia?
Ramai pasti memilih bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, 41, sebagai wirawati sukan terbaik negara.
Biopik Nicol David bakal ke layar perak
'I am nicol david', bukan saya tetapi itulah judul biopik legenda skuasy dunia, Datuk Nicol David, yang akan difilemkan tidak lama lagi.
Nicol David dinobat Atlet Terunggul Sepanjang Zaman
Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia anjuran Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) hari ini.
Sukan SEA: Nama Chong Wei, Nicol bakal digugurkan
Jaguh sukan negara seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David dijangka digugurkan daripada kontinjen Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila mesyuarat jawatankuasa pemilihan bersidang, esok.
Venezuela 1-1 Brazil: Super sub Segovia holds Selecao to shock draw
Report: Venezuela 1-1 Brazil
Kelleher repays Ireland trust in Finland victory
Kelleher repays Ireland trust
France 0-0 Israel: Les Bleus advance despite frustrating Nations League draw
Report: France 0-0 Israel
Victory in Greece signals England are 'moving in the right direction', says Carsley
England 'moving in right direction'
ATP Finals: Sinner completes perfect group stage with Medvedev win
ATP Finals: Sinner perfect in group
Greece 0-3 England: Stunning Jones debut goal helps Three Lions go top
Report: Greece 0-3 England
Belgium 0-1 Italy: Azzurri advance to Nations League quarter-finals
Report: Belgium 0-1 Italy
Man City's clash with Chelsea will decide WSL title, suggests Taylor
City face potential title decider
Haaland and Gyokeres 'not a priority' for Barcelona, says Deco
Striker 'not a priority' for Barca
Cabal becomes second Juventus defender to suffer ACL injury
Juve's Cabal suffers ACL injury