Hari terakhir acara renang Sukan Olimpik Paris 2024 menyaksikan kuartet China menamatkan dominasi Amerika Syarikat apabila menggondol pingat emas acara 100 meter rampaian berganti-ganti.

Kuartet yang dibarisi Xu Jiayu, Qin Haiyang, Sun Jiajun and Pan Zhanle memenangi pingat emas dengan catatan masa 3:27.46s.

AS yang dibarisi perenang Ryan Murphy, Nic Fink, Caeleb Dressel dan Hunter Armstrong meraih perak (3:28.01s). Perancis di tempat ketiga (3:28.38s).

Kemenangan China menamatkan dominasi AS memenangi acara lari berganti-ganti 4x100m lelaki sejak LA 1984.

Pan, bercakap melalui penterjemah, berkata, “Ini adalah satu keajaiban untuk saya. Kami membentuk pasukan yang bagus dan kami mendapat keputusan yang baik.”

Xu juga gembira dengan keputusan itu, berkata, “Seluruh perjalanan Sukan Olimpik bagi saya adalah hebat. Saya sangat berpuas hati.”