Bintang muda muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali, menutup tirai musim 2023 dengan cemerlang apabila dinobat sebagai Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship.
Petinju berusia 17 tahun itu dijulang dengan gelaran tersebut setelah memperagakan aksi luar biasa sepanjang pertarungan musim ini.
Perkhabaran gembira buat Johan yang terkenal dengan gelaran Jojo itu dikongsi laman sosial ONE Championship pada Jumaat.
"Tahun 2023 sangat besar buat Johan Ghazali yang berusia 17 tahun.
"Masa depan sangat cerah untuk sensasi muay thai ini," tulis kenyataan itu menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
ONE Championship turut berkongsi pencapaian Jojo menerusi poster yang dimuat naik di Instagram mereka.
"Dengan rekod kemenangan 5-0 dan empat KO (kiraan knockout) tahun ini di bawah peraturan muay thai, Johan mengatasi pencabar lain bagi bergelar Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023," catat kenyataan tersebut.
Jojo yang bernaung di bawah Rentap Muay Thai Gym membuka kempen 2023 dalam pertarungan Road to ONE Championship dengan langkah kanan.
Kejayaan itu diraih selepas dia menumpaskan bintang muda Thailand, Padetsuk Fairtex secara KO dalam tempoh hanya 16 saat (s) pada pertarungan ONE Friday Fights 6 pada Februari lalu.
Jojo terus unggul apabila melakar satu lagi kemenangan dengan kiraan KO ke atas Tai Sor Jor Piek Uthai dari Thailand dalam tempoh 1 minit 37s dalam ONE Friday Fights pada 18 Mei lepas.
Jojo konsisten dengan aksinya apabila mengalahkan Samurai Seeopal dari Thailand menerusi keputusan sebulat suara dalam tempoh 3 minit pada pertarungan ONE Friday Fights 25 Julai lalu.
Tanpa menoleh ke belakang, Jojo kembali ke gelanggang tiga bulan kemudian untuk menentang petinju dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev dalam pertarungan ONE Friday Fights 36.
Biarpun mendapat tentangan sengit, kemenangan akhirnya memihak Jojo dengan keputusan KO dalam tempoh 2:43s.
Kemenangan tersebut menyaksikan dia berjaya memahat sejarah sebagai atlet tempur termuda memperoleh kontrak AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship.
Kejayaan meraih kontrak itu melonjakkan semangat Jojo untuk tampil lebih garang di gelanggang.
Pertarungan menentang juara MuayThai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares menyaksikan dia gah dengan keputusan KO dalam tempoh hanya 36s.
Kredit: Sinar Harian
Stadium Astro
Sat Dec 30 2023
One Championship: Pichai mangsa TKO Rifdean
Juara tiga kali Muaythai B-23 Dunia, Rifdean Masdor, membuktikan kejaguhannya apabila menumbangkan peninju Thailand, Pichai di pentas One Championship.
ONE Championship: Johan Ghazali diangkat bintang baru 2023
Bintang muda muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali, menutup tirai musim 2023 dengan cemerlang apabila dinobat sebagai Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship.
Gadis 'cair' bila Jojo Ghazali berlakon
Jaguh Muay Thai negara, Johan 'Jojo' Ghazali, sudah mula menjinakkan diri dengan bidang lakonan.
ONE Championship: Jojo kekal rekod tanpa kalah, hanya perlu 36 saat tumbangkan Edgar Tabares
Petarung muda negara, Johan "Jojo" Ghazali, mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam saingan ONE Championship apabila hanya memerlukan 36 saat untuk menumbangkan lawan berpengalaman, Edgar Tabares.
ONE Championship: Aliff Rakib raih kemenangan KO ketiga, terima tawaran ratusan ribu USD
Petarung muda negara, Nor Iman Aliff Rakib, melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 4-0 dengan kemenangan KO ketiga apabila menumbangkan lawan dari Iran, Peyman Zolfaghari, dalam pertarungan 120-pound catchweight ONE Friday Fights malam tadi.
ONE Championship: Johan Ghazali bakal buat penampilan pertama jumpa Edgar Tabares
Petarung muda negara, Johan 'Jojo' Ghazali, akan melakukan penampilan pertamanya dalam Primetime US, ONE Championship pada 8 Disember depan.
ONE Championship: TKO pacu keyakinan Ahmad Nor Iman
Atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, melakar kejutan memenangi pertarungan ONE Championship dengan keputusan 'TKO'.
Khabib perlu jadi panduan semua atlet MMA, kata Agilan Thani
Atlet sukan seni bela diri campuran (MMA) negara, Agilan Thani, berasakan kejayaan yang diraih Khabib Nurmagomedov sepanjang 12 tahun karier gemilangnya wajar dijadikan panduan buat semua yang menceburi sukan tempur itu.
ONE Championship: Jurulatih dedah keistimewaan Agilan
Jurulatih Jiu-Jitsu dari Brazil, Bruno Barbosa, membentuk Agilan "Alligator" Thani sejak di peringkat awal lagi.
Covid-19: Aksi ONE Championship berlangsung tanpa penyokong
ONE Championship hari ini mengumumkan pertarungan hanya akan diadakan acara tertutup tanpa penyokong, berkuat kuasa serta-merta.
Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej: Ronaldo nets twice and passes up penalty in cup semi-final
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej
Hayes concedes title race is over as Chelsea suffer dramatic Liverpool defeat
Emma Hayes: WSL title race is over
Sancho outshines Mbappe as Dortmund seize initiative against PSG
Sancho outshines Mbappe in BVB win
Borussia Dortmund 1-0 Paris Saint-Germain: Fullkrug hands hosts first-leg win
Report: Borussia Dortmund 1-0 PSG
Liverpool 4-3 Chelsea: Blues' title hopes suffer huge hit as Bonner decides seven-goal thriller
Report: Liverpool 4-3 Chelsea
'It's here to stay' – Postecoglou jokes he's moving to Sweden to escape VAR
Postecoglou seeking VAR-free life
Top seed Sinner withdraws from Madrid Open ahead of quarter-finals
Injured Sinner out of Madrid Open
IPL: Punjab Kings spinners frustrate CSK in routine win
IPL: Kings spinners frustrate CSK
Alcaraz sees Madrid Open reign ended by Rublev in last eight
Rublev ends Alcaraz reign in Madrid
Pochettino says Chelsea in 'most challenging period' ahead of Spurs reunion
Mauricio Pochettino's Chelsea take on his former club Tottenham on Thursday, with both teams needing points in the race for Europe.