Berakhir sudah Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 edisi ke-64 yang berlangsung di Ipoh, Perak menyaksikan banyak atlet muda bakal menjadi pelapis kepada wakil negara.
Antara yang paling mencuri tumpuan ialah atlet MSS Pulau Pinang, Syed Amin Roslan, yang melakar kejutan terbesar apabila dinobat sebagai olahragawan selepas menggondol dua pingat emas dan satu perak.
Lebih menarik, Syed Amin menjadi atlet pertama dalam sejarah penganjuran MSSM apabila mencatatkan larian bawah 21 saat dalam acara 200 meter kategori bawah 18 tahun.
Kelajuan 20.94s dalam aksi akhir acara itu turut menewaskan pencabar dari MSS Johor, Danish Iftikhar, sekali gus memecahkan rekod kejohanan.
Pencapaian itu juga hampir memadam rekod kebangsaan yang dilakukan oleh Russel Alexander Nasir dengan catatan 20.77s pada 2019.
"Alhamdulillah saya berbangga dengan pencapaian ini setelah lama saya impikan untuk menjadi olahragawan sebelum ini.
"Perasaan tak cukup untuk seorang manusia sentiasa ada, Insya-Allah mesti akan ada lagi.
"Saya berharap perkara yang indah akan menjelma lagi pada masa akan datang," katanya di Stadium Perak, Ipoh.
Sementara itu, Alia Batrisyia Nasaruddin dari MSS Kelantan meraih anugerah olahragawati susulan pungutan satu emas dan satu perak dalam kempen kali ini.
Paling mengujakan, dia berjaya memperbaharui rekod MSSM yang berdiri selama 11 tahun dalam acara lompat kijang B-18 wanita dengan lompatan sejauh 12.62m.
"Saya gembira kerana saya tidak pernah meraih pencapaian ini sepanjang bergelar atlet MSSM.
"Saya tidak sangka dan berbangga dengan diri sendiri sambil berharap dapat bermain mewakili negara satu hari nanti," katanya kepada Nadi Arena.
Najmi Iman
Fri Oct 25 2024
KOM jalin kerjasama dengan pakar Jerman
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persatuan Olahraga Jerman (DLV) mengadakan kerjasama erat dalam tempoh lima bulan akan datang.
Sentuhan Poad Kassim dirindui
"Kembalikan jurulatih", itu merupakan pentafsiran jelas rata-rata atlet 100m pecut kebangsaan yang merindui sentuhan jurulatih Poad Kassim yang memiliki acuan terbaik dalam melonjakkan prestasi atlet kebangsaan.
Olahraga MSSM: 18 rekod baru dicatatkan, MSS Sabah juara keseluruhan
Penganjuran Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 menyaksikan sebanyak 18 rekod berjaya dipecahkan.
Olahraga MSSM: Atlet pertama catat sejarah bawah 21 saat acara 200 meter jadikan Sayyid Amin olahragawan kejohanan
Berakhir sudah Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 edisi ke-64 yang berlangsung di Ipoh, Perak menyaksikan banyak atlet muda bakal menjadi pelapis kepada wakil negara.
Olahraga MSSM: Larian terakhir Danish Irfan hadiahkan pingat emas buat MSS Selangor
Sejak daripada awal larian kontinjen Selangor sudah memimpin perlumbaan dalam acara 4x400 meter kategori bawah 18 tahun lelaki sebelum meraih pingat emas dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024.
Olahraga MSSM: Kuartet 4x400m Sabah B-15 tahun lakar rekod baru
Kuartet 4x400 meter Sabah bawah 15 tahun lelaki mencipta sensasi melakar rekod baru acara tersebut dalam Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 dengan catatan 3 minit 25.42 saat.
Olahraga MSSM: Lee Hup Wei kagum lihat atlet sedang meningkat naik
Mohamad Nawawi membawa pulang pingat emas buat kontinjen Kedah dalam acara lompat tinggi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 di Stadium Perak, Ipoh.
Olahraga MSSM: Gagal raih emas acara lompat jauh, Alia Batrisyia tebus kekecewaan pecah rekod lompat kijang
Meskipun gagal meraih pingat emas dalam acara lompat jauh, Alia Batrisyia Nasarrudin menebus kekecewaan tersebut apabila mengungguli lompat kijang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 menewaskan Maritza Ferrer Anak Neil Armstrong.
Olahraga MSSM: Strim secara langsung aksi tumpuan hari ini!
Kejohanan Olahraga MSSM 2024 : Siapakah yang bakal meraih gelaran juara dalam aksi final 4 x 200m & 4 x 200m kategori B-12, 15 dan 18 lelaki serta wanita?
MSSM Olahraga 2024: Rekod Shereen Samson dipecah Octavia!
Rekod 200 meter MSSM yang dicipta Shereen Samson Vellabouy pada 2015 lebur di tangan Ormilla Octavia dari MSS Sarawak ketika Kejohanan Olahraga MSSM 2024 sebentar tadi.
Silva grateful Fulham's dominance was rewarded with late win
Silva grateful for late win
Guardiola expecting challenging season for injury-hit Man City
Pep expects challenging season
Returning fan favourite Alonso calls Liverpool 'one of Europe's best'
Alonso relishing Anfield return
Fulham 2-1 Brentford: Wilson's late brace seals comeback win
Report: Fulham 2-1 Brentford
Neymar suffers fresh injury blow
Neymar injured in Al-Hilal win
Juve must play at their limits against in-form Lille, warns Motta
Motta warns Juve of Lille threat
Smith not pinning blame on Ford for England loss
Smith: Ford not to blame for loss
Gyokeres rated above Haaland by Sporting captain Hjulmand
Gyokeres 'better than Haaland'
Arsenal sporting director Edu steps down
Edu quits Arsenal
Amorim: Man Utd will think 'new Alex Ferguson has arrived' if Sporting beat Man City
Amorim ready for scrutiny v City