TERENGGANU MARVELS 59 PAHANG TULIPS 39

Terengganu Marvels merekodkan kemenangan kedua Netball Super League (NSL) apabila berjaya mengatasi Pahang Tulips 59-39, sebentar tadi.


Meskipun Pahang mempunyai penguasaan bola yang lebih dalam suku pertama, mereka juga melakukan 15 'turn over' yang menghadiahkan mata demi mata kepada Terengganu.

Suku kedua sememangnya menjadi milik skuad Penyu yang melebarkan jurang sebanyak 17 mata hasil ketangkasan 'goal shooter' gantian, Nurul Ellisa Hannah Saiful Bhahari.




Penyudah tumpul turut mengecewakan kem Pahang yang hanya mampu menambah enam mata dalam suku ketiga berbanding 15 mata yang dijaringkan Terengganu untuk mendahului 46-20.

Skrip yang sama berulang dalam suku terakhir buat Pahang dan walaupun mereka bersemangat untuk bangkit menyerlah, jarak dengan Terengganu terlalu besar sekali gus terpaksa akur dengan kekalahan.