Neymar dilaporkan berminat untuk menyertai Manchester United pada musim panas ini dan tidak berhasrat untuk meninggalkan Paris Saint-Germain untuk mana-mana kelab lain.
Masa pemain berusia 31 tahun itu di Paris nampaknya akan berakhir dengan kelab itu ingin membuat permulaan baharu selepas bertahun-tahun gagal dalam Liga Juara-Juara.
Neymar mempunyai hubungan yang sukar dengan penyokong PSG sejak beberapa tahun lalu dan itu digabungkan dengan kecederaan dan usia menyebabkan kelab itu ingin menjual pada musim panas.
The Sun mendakwa pemain Brazil itu, yang mempunyai baki empat tahun dalam kontrak wang besarnya, hanya akan menerima perpindahan ke Old Trafford.
The Red Devils diketahui sedang mencari penyerang lain dengan Erik ten Hag mengakui mereka memerlukan pemain mampu mencetak jaringan selain Marcus Rashford.
Dengan 118 gol dalam 173 perlawanan untuk PSG, Neymar pastinya boleh memberikannya.
Bagaimanapun, pemain yang kekal sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak tidak akan berhijrah dengan nilai yang rendah.
Neymar mempunyai gaji mingguan yang dilaporkan hampir GBP1 juta dan sudah pasti perlu mengambil potongan gaji yang besar untuk menyertai United.
Dia dilaporkan bertelagah dengan hierarki PSG selepas penyerang itu terlepas sambutan gelaran juara Perancis itu untuk menghadiri Grand Prix Monaco.
Pemain berusia 31 tahun itu berdepan masalah kecederaan buku lali akhir musim pada Mac.
Penyerang itu mengejutkan dunia bola sepak apabila dia memilih untuk meninggalkan Barcelona untuk ke Paris dalam perpindahan rekod dunia GBP198 juta, namun gagal untuk menterjemahkan kejuaraan di pentas Eropah bersama PSG.
Ammar Hakim
Wed May 31 2023
Roy Keane: Coventry seperti pasukan EPL, Man United seakan pasukan Liga Kejuaraan
Man Utd melepaskan kelebihan tiga gol ketika menentang Coventry yang kemudian berlanjutan hingga ke masa tambahan di Stadium Wembley sebelum memastikan memastikan kemenangan apda penentuan sepakan penalti, 4-2.
Piala FA Inggeris: Manchester United pilih skrip mendebarkan ke final
Manchester United mengharungi detik mendebarkan apabila gagal mempertahankan kelebihan tiga sebelum menjamin laluan ke perlawanan akhir Piala FA Inggeris, sebentar tadi.
Ten Hag tidak pedulikan kritikan
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag tidak boleh diganggu dengan kritikan mengenai pekerjaannya di Old Trafford dan mendakwa dia hanya boleh membentuk pasukan terkuat hanya sekali dalam 18 bulan.
Bastian Schweinsteiger diusir dari bilik persalinan United
Pemenang Piala Dunia edisi 2014,, Bastian Schweinsteiger, mendedahkan cerita sebenar mengenainya bersama Jose Mourinho ketika bermain bersama pasukan Manchester United.
UCL: Jadon Sancho jadi wakil tunggal Man United ke separuh akhir
Jadon Sancho selangkah hampir menjadi pemain di bawah kontrak Manchester United mara ke final Liga Juara-Juara sejak 2011.
Onana kembali ke Inter Milan
Menurut laporan media di Itali, penjaga gol Manchester United, Andre Onana, kembali ke San Siro, untuk menyaksikan perlawanan bekas kelabnya, Inter Milan menentang Cagliari malam semalam.
Liverpool buat Man United kini berpaling sokong Man City -- John Aldridge
Bekas legenda Liverpool, John Aldridge memberikan tamparan hebat buat penyokong Manchester United yang tampak gembira atas kekalahan Liverpool ditangan Crystal Palace bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.
EPL: Manchester United hanya mampu seri lagi
BOURNEMOUTH 2-2 MANCHESTER UNITED
Louis Saha nasihat pemain muda Red Devils untuk jadi 'Paul Scholes' yang seterusnya
Bekas penyerang Man United, Louis Saha, meramalkan seorang pemain muda dari Manchester United akan menjadi Paul Scholes seterusnya.
Andy cole gesa konflik Ten Hag dan Jadon Sancho diselesaikan segera
Bekas pemain Manchester United, menggesa kelabnya itu untuk menggunakan Jadon Sancho dengan sebaiknya pada musim depan daripada menjualnya yang merupakan satu kerugian besar.
Title-chasing PSG ready for tough game at Lorient, says boss Luis Enrique
Luis Enrique's Paris Saint-Germain will capture their third consecutive Ligue 1 title if results go their way on Wednesday.
Mikel Arteta salutes ‘unbelievable’ Kai Havertz after another impressive display
Enzo Maresca delighted as ‘fantastic’ Leicester move to brink of promotion
Garry Monk unhappy with penalty decision that cost Cambridge two valuable points
Grant McCann hails ‘outstanding’ response as Doncaster close on play-off spot
Darrell Clarke urges Cheltenham fans to get behind team in bid to stay up
They must win at Stevenage and hope Burton fail to beat Fleetwood and or Cambridge lose to Port Vale.