Manchester United dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan pertahanan tengah bertahan Uruguay, Manuel Ugarte, daripada Paris Saint-Germain (PSG).

Menurut pakar bola sepak, Fabrizio Romano, The Red Devils sudah bersetuju dengan terma peribadi pemain berusia 23 tahun itu.

United juga dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan PSG memandangkan ada beberapa kelab lain turut berminat untuk mendapatkan Ugarte.

Kemasukan Ugarte menyaksikan United berkemungkinan besar terpaksa melepaskan Casemiro atau Scott McTominay bagi memberikan laluan buat pemain baru itu.

United setakat ini sudah mendatangkan dua pemain baru, iaitu Joshua Zirkzee dan Leny Yoro.