Tidak kurang sebulan lagi sebelum bermulanya Liga Perdana Inggeris, Manchester United membuat keputusan untuk penyerang muda mereka, Rasmus Hojlund, menyarung jersi nombor sembilan untuk musim baru nanti.




Ini susulan pemilik jersi itu, Anthony Martial, tidak lagi bersama The Red Devils untuk musim 2024/25 selepas kelab itu memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak bersama Martial selepas sembilan tahun berkhidmat.

Menariknya lagi, dikatakan nombor 11 yang ditinggalkan Hojlund bakal digunakan oleh penyerang baharu United, Joshua Zirkzee, yang masih belum lagi bersama dengan kelab susulan EURO 2024.

Yang pasti, peminat bakal disajikan bakat-bakat muda terbaik di Manchester United apabila kelab itu borong pemain muda berpotensi tinggi.