Bintang Phoenix Suns, Chris Paul, terpaksa direhatkan selama enam hingga lapan minggu berikutan keretakan avulsi di ibu jari kanannya, demikian disahkan ESPN.

Pemain berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan berkenaan ketika pasukannya menewaskan Houston Rockets 124-121 Khamis lalu dan sempat beraksi selama dua minit untuk Team LeBron dalam perlawanan All-Star hujung minggu lalu.

Paul merupakan tonggak utama buat pasukan pendahulu, Suns -- yang merekodkan 48-10 -- dengan purata 14.9 mata, 4.5 rebound dan 10.7 bantuan bagi setiap perlawanan.

Musim NBA akan tamat pada 10 April ini dan ia berakna, Paul mungkin tidak dapat beraksi sehingga pusingan playoff, di mana Suns akan diletakkan sebagai pasukan pilihan.