Houston Rockets melengkapkan kesepakatan untuk menjadikan Ime Idoka sebagai ketua jurulatih francais itu, demikian dilaporkan pelbagai sumber media.

Sebelum kesepakatan berkenaan, Rockets dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan liga berkenaan dan Boston Celtics mengenai situasi jurulatih itu sewaktu penamat tempohnya bersama Celtics.

Udoka dipecat menjelang pembukaan musim ini selepas Celtics mendapati dia mengadakan hubungan yang tidak sepatutnya bersama seorang pekerja pasukan itu.

Dikenali sebagai seorang pertahanan hebat sewaktu mewakili San Antonio Spurs, satu-satunya musim Udoka bergelar ketua jurulatih adalah sewaktu kempen 2021-22, di mana dia memacu Celtics merekodkan 51-31 selain layak ke NBA Finals.

Selepas penamat liga musim ini, Rockets enggan meneruskan kontrak Stephen Silas, sekali gus menyaksikan kekosongan jawatan ketua jurulatih pasukan itu.

Silas merekodkan 59-177 sepanjang tiga musim bersama Houston dalam proses pembinaan pasukan itu.

Rockets juga menyenaraikan barisan pemain kedua termuda musim ini, dengan purata pemain berusia 21 tahun dan 147 hari.