Muzaffar Musa
Sat Jan 22 2022
Ketua jurulatih Los Angeles Lakers, Frank Vogel, memuji LeBron James dengan menyifatkannya sebagai "pemain paling unik dalam sejarah bola keranjang" selepas tonggak pasukannya itu mempamerkan aksi luar biasa selaku pemain tengah dalam separuh masa kedua perlawanan hari ini.
James menamatkan perlawanan dengan 29 mata, tujuh rebound dan lima bantuan selepas beraksi secara eksklusif di bahagian tengah sepanjang babak kedua ketika menewaskan Orlando Magic 116-105.
MVP empat kali itu menggantikan peranan Dwight Howard selepas separuh masa untuk Lakers merekodkan 20-2, sekali gus memadamkan defisit 54-62.
"Dia merupakan pemain paling unik dalam sejarah permainan ini," kata Vogel kepada wartawan mengenai James.
"Kami memenangi kejuaraan bersamanya ketika dia beraksi sebagai point guard dua tahun lalu, dia seorang pemain sayap sepanjang kariernya dan kini dia bermain di bahagian tengah buat kami.
"Ia agak luar biasa, dan untuknya melakukan perkara itu pada tahap kariernya seperti ini, ia menjadi lebih luar biasa," katanya.
NBA: LeBron James terus cipta rekod baru bersama Lakers
LeBron James memecahkan rekod selaku pemain paling banyak mempunyai minit permainan dalam sejarah Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat (NBA) ketika membantu Lakers atasi Sacramento Kings.
NBA: Jika sampai masanya, saya akan bersara -- LeBron
LeBron James menerima dia mungkin hanya memiliki maksimum dua tahun sahaja lagi sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan kariernya yang penuh gilang gemilang dalam saingan NBA.
Ikuti 'Blueprint' Cristiano Ronaldo, LeBron James jika mahu capai prestasi optimum
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh National Library of Medicine, umur kemuncak prestasi seseorang atlet adalah berbeza daripada segi sukan serta jantina, namun secara tipikalnya adalah dalam lingkungan usia 20 hingga 30 tahun.
Paris 2024: Lee Zii Jia mahu jumpa Lebron James tapi...
Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, diberikan penghormatan mengibarkan jalur gemilang buat kontinjen negara.
Paris 2024: LeBron James, Steph Curry ketepi ego demi tuntutan skuad AS
Perhatian kini terletak kepada saingan Sukan Olimpik Paris, menyaksikan dua bintang NBA, LeBron James dan Stephen Curry, yang bakal bergandingan bersama dalam usaha memburu pingat emas temasya berprestij itu.
NBA Draft Day: LA Lakers pilih Bronny James
Masa sudah tiba buat Bronny James, anak kepada juara NBA empat kali, LeBron James, memulakan karier profesional.
NBA: Anak LeBron James dalam keadaan stabil selepas alami serangan jantung
Bronny James, anak kepada LeBron James yang berusia 18 tahum, dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung ketika menjalani latihan bola keranjang di University of Southern California (USC), demikian dimaklumkan jurucakap keluarga itu.
NBA; LeBron enggan terlepas aksi play-off dua tahun berturut-turut
LeBron James tidak pernah terlepas saingan playoffs dua kali berturut-turut sejak dua musim pertama dalam kariernya sepanjang dua dekad ini.
NBA: James bebas kecederaan serius, terlepas bertemu Kings
LeBron James mengelak kecederaan pangkal paha yang serius namun dalam keraguan untuk perlawanan Los Angeles Lakers bertemu Sacramento Kings esok, menurut ketua jurulatih Darvin Ham.
LeBron James aktifkan kontrak RM433.9j bersama Los Angeles Lakers
LeBron James bersetuju untuk menyambung kontrak selama dua tahun dengan Los Angeles Lakers yang berjumlah $97.1 juta (RM433.9j).
Motta challenges injury-hit Juventus to rediscover winning feeling
Motta hoping for Juventus victory
Mourinho to endure unhappy Christmas as Fenerbahce lose ground on Galatasaray
Mourinho to have unhappy Christmas
Orlando sell Torres to Palmeiras for club-record fee
Torres leaves Orlando for Palmeiras
Woods 'not competitive' ahead of return at PNC Championships
Woods: I am not competitive
Postecoglou demands 'more respect' for Premier League managers
Postecoglou demands more respect
Rivers laments lack of rest after NBA Cup triumph following Cavs defeat
Rivers laments lack of rest
Embiid vows to 'play at 50%' after big return for Sixers
Embiid vows to 'play at 50%'
Atlanta appoint former MLS Cup winner Deila as new head coach
Atalanta appoint Deila
Fonseca delighted to see injury-hit Milan escape rut
Fonseca hails injury-hit Milan
Girona boss Michel eyeing European football again after Valladolid win
Michel eyeing European football