LeBron James membantu Los Angeles Lakers mengatasi Dallas Mavericks dalam NBA sementara Brooklyn Nets menguasai Boston Celtics.

James mencatat mata terbanyak kedua dalam perlawanan dalam sejarah bersejarah NBA pada Krismas dengan melakar 22 jaringan dan 10 bantuan jaringan selain tujuh rebound dalam kemenangan 138-115.

Hanya Kobe Bryant (395) pernah merakam pungutan mata yang lebih daripada James yang melebarkan sumbangannya kekepada 383 mata sempena perlawanan Krismas, sekali gus mengatasi Oscar Robertson (377).

Anthony Davis turut menyinar dengan menyumbangkan 28 mata, lapan rebound dan lima bantuan jaringan ketika Lakers meraih kemenangan sulung musim ini.




Kevin Durant dan Kyrie Irving pula bergabung untuk memimpin Nets melewati Celtics 123-95. Durant (29 mata) dan Irving (37 mata, lapan bantuan jaringan dan enam rebound) untuk mendominasi kemenangan Nets.

Duncan Robinson dan Erik Spoelstra melakar sejarah dalam kemenangan 111-98 Miami Heat ke atas New Orleans Pelicans.

Robinson (23 mata) menyamai rekod Hari Krismas apabila tujuh kali menyempurnakan jaringan tiga mata, manakala Spoelstra melebarkan rekod tanpa kalah sepajang Hari Krismas kepada 8-0.

Namun, Jimmy Butler membawa perkhabaran buruk buat Miami akibat kecederaan pergelangan kaki.

Paul George (23 mata) dan Kawhi Leonard (21) membimbing Los Angeles Clippers untuk mengatasi Denver Nuggets 121-108.

Leonard dibiarkan berlumuran darah pada lewat permainan selepas berlaga dengan pemain lawan.