The Who terkenal dengan nyanyian "Jumpa bos baru, sama macam bos lama" -- dan Charlotte Hornets benar-benar menghayati rangkap lagu berkenaan.

Dalam satu kejutan sepanjang sejarah pelantikan jurulatih, Hornets melantik semula Steve Clifford buat kali kedua sebagai ketua jurulatih.

Clifford merupakan bekas pengendali Charlotte selama lima musim dan membawa pasukan itu menyertai dua aksi playoff sebelum dipecat selepas musim 2017-18. Beberapa minggu kemudian, dia menyertai Orlando Magic.

Sepanjang bersama Hornets, dia merekodkan 196-214 selain rekod 292-345 sepanjang lapan musim sebagai jurulatih NBA.

2015-16 merupakan musim terbaiknya bersama Hornets, di mana mereka merekodkan 48-34 dan tewas tujuh perlawanan kepada Miami Heat dalam pusingan pertama playoff.

Hornets sebelum ini menawarkan jawatan berkenaan buat penolong jurulatih Golden State Warriors, Kenny Atkinskon, yang kemudian terpaksa menarik diri kerana masalah keluarga.

Kali ini, Clifford akan mengemudi pasukan Charlotte yang dipenuhi pemain berbakat seperti LaMelo Ball, Gordon Hayward dan Miles Bridges.