Keputusan ujian imbasan MRI Giannis Antetokounmpo menunjukkan tiada sebarang kecederaan serius, sekali gus menerbitkan keyakinan buat ketua jurulatih Milwaukee Bucks, Mike Budenholzer, untuk menurunkan bintang utama mereka itu menjelang Game 2 pagi esok.

Antetokounmpo terpaksa dikeluarkan ketika Miami tewas 117-130 kepada Miami Heat dalam Game 1 pusingan pertama playoff NBA hujung minggu lalu selepas dia melakukan pendaratan yang agak kasar dalam suku pertama.

Ujian X-ray selepas perlawanan itu menujukkan tiada sebarang kecederaan serius dan keputusan MRI pula memberikan harapan buat pasukannya untuk dapat menurunkan bekas pemenang MVP dua kali itu dalam Game 2 di Milwaukee, Khamis ini dan Budenholzer juga berterima kasih terhadap waktu rehat dua hari di antara dua perlawanan.

"Dia masih berasa kesakitan tetapi saya fikir ia sudah semakin pulih," kata Budenholzer.

"Dia akan mendapat beberapa rawatan dan kami akan terus memantau kecederaannya untuk sehari dua ini.

"Kami mungkin bernasib baik kerana ada dua hari di antara perlawanan.

"Saya rasa agak positif, agak optimistik tetapi kita akan lihat bagaimana keadaannya dalam sehari dunia ini," katanya.