Muzaffar Musa
Sat Aug 21 2021
Maverick Vinales meninggalkan pasukan Monster Energy Yamaha dan tidak akan mewakili mereka bagi baki perlumbaan musim ini, demikian diumumkan pasukan itu malam tadi.
Vinales dan Yamaha bersetuju untuk memendekkan kontrak di antara mereka, yang sepatutnya tamat pada 2022, walaupun pelumba itu dijaduakan meninggalkan pasukan berkenaan hujung musim ini.
Vinales mencipta kontroversi ketika gagal menamatkan Grand Prix Styrian dua minggu lalu.
Pelumba Sepanyol itu berkata jenteranya mengalam isu elektronik tetapi Yamaha menegaskan ia "satu cara tunggangan yang tidak sepatutnya dan boleh mendatangkan kerosakan signifikan terhadap enjin".
Vinales kemudian digantung daripada menyertai GP Austria minggu lalu dan kini tidak akan lagi mewakili pasukan itu.
Keputusan itu diumumkan dalam satu kenyataan, di mana Pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis, menjelaskan: "Di Assen, Yamaha dan Vinales mengumumkan kesepakatan secara bersama untuk menamatkan program asal 2021-2022 dengan lebih awal pada penghujung 2021.
"Komitmen pelumba dan pasukan ini sepatutnya akan berterusan sepanjang musim dengan pasukan memberikan jaminan untuk menyediakan sokongan penuh dan pelumba juga perlu memberikan usaha maksimum agar kami dapat menamatkan projek ini dengan berjaya.
"Malangnya, perlumbaan di GP Styrian tidak berlangsung dan tamat dengan baik dan selepas perbincangan kedua-dua pihak, keputusan secara persetujuan bersama telah dicapai untuk kami menamatkan kerjasama dengan lebih awal.
"Perpisahan awal ini membolehkan pelumba bebas memilih haluan masa depannya dan juga membolehkan pasukan menumpukan terhadap baki perlumbaan musim 2021 dengan pelumba gantian -- yang masih belum ditentukan."
Sebagai rekod, Vinales menyertai Yamaha daripada Team Suzuki Ecstar pada 2017 dan kini berada di kedudukan keenam keseluruhan kategori pelumba.
MotoGP: Siapa sebenarnya bakal guna nombor 1?
Walaupun ia antara tajuk yang sentiasa diperdebatkan dikalangan peminat perlumbaan motosikal paling elit di dunia itu ketika ini, namun Martin lebih memilih untuk mengunci mulut daripada mengulas isu tersebut.
MotoGP: V4 terbaharu Yamaha akan jalani ujian pertama di Sepang
Selepas melakukan kajian yang terperinci, pasukan Yamaha nampaknya semakin yakin untuk mempertaruhkan enjin V4 baharunya untuk melaksanakan misi dalam saingan musim baharu MotoGP 2025.
MotoGP mungkin bakal guna komunikasi radio musim depan
Kini sudah tiba masanya ia MotoGP mempraktikan sistem yang sama namun dalam kapasiti yang terhad dan bersyarat.
ARRC: Yamaha Y15ZR dan Honda RS-X hadiah utama cabutan bertuah ARRC HAPPY BAG di Sepang
Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi venue bagi aksi pusingan lima kejuaraan ARRC 2024 pada 13 hingga 15 september ini
Cub Prix: Yamaha komited lahirkan pelumba seperti Hafizh Syahrin, Kasma Daniel
Pengurus pemasaran motorsport dan komunikasi Hong Leong Yamaha, Lee Chan Wee, memperkenalkan model baru kenderaan dua roda Yamaha PG1 untuk peminat Yamaha menjelang saingan pusingan ketujuh Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak, hari ini.
MotoGP: Quartararo sambung bakti bersama Yamaha
Fabio Quartararo akan kekal bersama Yamaha sehingga 2026 selepas bekas juara MotoGP itu menandatangani lanjutan kontrak dua tahun, umum pengeluar jentera dari Jepun itu semalam.
MotoGP: Quartararo dua kali kemalangan, Bastianini kuasai GP Aragon
Penunggang Yamaha, Fabio Quartararo, mendedahkan bahawa dia terlibat dalam kemalangan skuter ketika menuju 'pitlane' sebaik berlanggar dengan Marc Marquez dalam Grand Prix (GP) Aragon, awal pagi tadi.
MotoGP: Andrea Dovizioso umum perlumbaan terakhir bulan depan
Andrea Dovizioso mengumumkan akan menamatkan kariernya dalam MotoGP sejurus Grand Prix (GP) San Marino bulan depan.
MotoGP: Quartararo lanjutkan rentak kemenangan
Fabio Quartararo melanjutkan pendahuluan kejuaraan MotoGP dengan kemenangan di Grand Prix Jerman, di mana Francesco Bagnaia mengalami lebih banyak kekecewaan apabila tersingkir daripada perlumbaan.
MotoGP: Maverick Vinales tinggalkan Yamaha berkuat kuasa serta-merta
Maverick Vinales meninggalkan pasukan Monster Energy Yamaha dan tidak akan mewakili mereka bagi baki perlumbaan musim ini, demikian diumumkan pasukan itu malam tadi.
Rohit says freedom the key for India duo Jaiswal and Gill
Rohit: Freedom key for India pair
Where did it all go wrong? Man City crisis leaves Pep wishing for a Christmas miracle
Man City's dismal run rolls on
Swiatek sets sights on United Cup glory
Swiatek ready for United Cup
Guardiola: Man City need to use Haaland better
Pep: City must use Haaland better
India and Pakistan set to face off in Dubai as ICC Champions Trophy matches confirmed
Champions Trophy fixtures announced
Amorim adamant out of favour Rashford can still push Man Utd forward
Amorim open to Rashford return
Barcelona forward Torres suffers calf injury
Torres suffers calf problem
Capello frustrated with Juventus forward Vlahovic
Capello critical of Vlahovic
'Too much quality' in Man City's squad for dismal run to continue, says Ortega
Ortega confident in City revival
'Nothing special' - Doncic plays down Mavericks return
Doncic plays down Mavs return