Susulan isu pelayar negara, Khairul Nizam Mohd Afendy, yang mendakwa kurang mendapat perhatian sejak bersama skuad negara khasnya persiapan menuju ke Sukan Olimpik Paris.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Nazifuddin Najib, sedia menjadi orang tengah untuk cari jalan penyelesaian kerana MOM enggan isu ini berpanjangan kerana ia boleh menjejaskan nama baik sukan negara.



Justeru, Nazifuddin sedia menjadi orang tengah untuk mencari jalan penyelesaian kerana enggan isu ini berpanjangan memandangkan ia boleh menjejaskan nama baik sukan negara.

"Saya pun terkejut juga kalau ada perbezaan dengan atlet lain.

"Apabila ayahnya berkata mereka terpaksa mengeluarkan duit terlebih dahulu, itu bukan SOP MSN.

"Kos itu selalu dibiayai MSN terlebih dahulu. Benda-benda spesifik (seperti ini) perlu dibawa ke tengah," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abd Rashid Yaakub, menafikan perkara itu berlaku dan mendakwa pihaknya telah membiaya hampir 90 peratus kos persediaan Khairulnizam ke Sukan Olimpik Paris.

"Mungkin dia boleh kongsi dengan MOM, mungkin kami boleh bantu daripada segi rayuan sebab kami tiada perinciannya.

"(Kalau) kos jadi isu utama, saya harap kalau ada ruang, mungkin ia boleh dibawa ketengahkan untuk dibincangkan.

"Saya sudah lama bekerjasama dengan MSN dan kalau isu daripada segi, masih ada ruang untuk buat rayuan untuk kami tanggung dan sebagainya," katanya.