Pemain import Melaka, Romel Morales, percaya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan Malaysia ketika ini adalah kaedah terbaik untuk menangani penularan wabak COVID-19.
Pemain tengah berusia 22 tahun itu berkata walaupun merindui keluarganya di Colombia, dia harus patuh kepada garis panduan dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang tidak membenarkan mana-mana pemain asing dalam Liga Malaysia keluar dari negara ini semasa penguatkuasaan PKP bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.
"Apa yang dikenakan kerajaan Malaysia pada masa ini adalah demi kepentingan semua pihak dengan tidak membenarkan mereka keluar dan kekal berada di rumah ketika saat yang sukar ini," katanya dipetik sebagai berkata dalam kenyataan dikeluarkan MFL hari ini.
"Dalam hal ini, saya perlu menerima hakikat untuk berjauhan dengan keluarga walaupun sukar kerana tidak dapat berkumpul bersama mereka pada waktu ini. Pada masa ini, saya tinggal di rumah dengan rakan-rakan di Melaka dan berharap semuanya akan kembali normal secepat mungkin."
Sementara itu, Morales percaya keputusan oleh MFL untuk mengenakan hukuman pemotongan tiga mata adalah sebagai pengajaran untuk pasukan supaya sentiasa menjaga hal ehwal pemain mereka.
Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan pemotongan tiga mata dikenakan ke atas skuad Melaka berikutan pasukan itu gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual yang ditetapkan.
"Apa yang kami perlu lakukan sekarang adalah bersabar dan kekalkan kecerdasan pemain selain bekerja keras untuk bangkit semula selepas kekecewaan ini. Saya tidak akan berputus asa dan secara jujurnya, saya teringin turun beraksi tetapi kesihatan harus diutamakan," tambahnya.
Morales menjaringkan dua gol bersama rakan sepasukannya, Uche Agba, untuk Melaka dalam empat perlawanan pertama.
Terdahulu, MFL mengeluarkan garis panduan kepada semua pasukan yang bersaing dalam Liga-M supaya tidak mengadakan sebarang sesi latihan atau perlawanan persahabatan semasa penguatkuasaan PKP.
Pemain-pemain asing yang beraksi dalam Liga-M juga tidak dibenarkan meninggalkan negara ini kerana dikhuatiri mereka tidak akan dibenarkan masuk semula berikutan sekatan ke atas kemasukan asing ke negara ini sebagai usaha kerajaan untuk menangani penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 24 2020
Liga Super 2024/25: Negeri Sembilan FC tak sanggup dibuli JDT
"Jangan biar Johor Darul Ta'zim (JDT) buli Negeri Sembilan." Itu peringatan ringkas pengendali Negeri Sembilan, Azzmi Ab Aziz kepada pemain skuad Rusa yang menyingkap tirai Liga Super 2024/25 berdepan penyandang juara itu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang ini.
Liga Super 2024/25: Sabah lega balik dengan tiga mata selepas aksi sengit dijelmakan KDN
Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, meluahkan rasa lega selepas barisan pemainnya memungut mata penuh apabila menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-2 dalam perlawanan sengit Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Kelantan Darul Naim alih fokus jumpa Terengganu FC
Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jeahong, mahu memberikan fokus terlebih dahulu kepada perlawanan Liga Super sebelum bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Piala FA.
Tiga atlet bangkit selepas parah kemalangan
Status atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, kini semakin positif sejak dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh sebuah kenderaan di di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor Bahru, tiga hari lalu.
Info siaran langsung Nadi Bola: Latihan pasukan Kedah Darul Aman lawan Selangor
Memasuki minggu kedua Liga Super dan sudah pelbagai taktikal diguna pakai, adakah menjadi ke tidak?
Liga Super: Mukhairi Ajmal berpotensi ganti tempat Faisal Halim
Mengikut pemerhati bola sepak, Asmawi Bakiri, pengganti terbaik yang wajar diberikan peluang untuk mengisi tempat kosong yang ditinggalkan Faisal Halim berikutan masih dalam tempoh pemulihan adalah Mukhairi Ajmal.
Liga Super 2024/25: Terengganu tenang tangani situasi kecederaan
Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, belum dapat menjamin kelibat Akhyar Rashid untuk bertemu Penang, Ahad ini.
TERKINI: Siaran Langsung (Live Streaming) sesi latihan pasukan Selangor
Jom tinjau persiapan skuad Selangor dalam misi menentang pasukan Negeri Helapang Padi, Kedah Darul Aman dalam Nadi Bola --- Latihan Pasukan 4 petang ini hanya di saluran 801HD!
Liga Malaysia 2024/2025: Info siaran langsung sesi latihan Selangor
Jom tinjau persiapan skuad Selangor dalam misi menentang pasukan Negeri Helapang Padi, Kedah Darul Aman dalam Nadi Bola --- Latihan Pasukan 4 petang esok hanya di saluran 801HD!
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
"Beri ruang kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim agar dapat menjalani tempoh untuk pulih dengan tenang".
NBA: Siakam leads Pacers past Knicks to force Game 7 in East semifinals
Pacers force Game 7 in East semis
San Jose Earthquakes v Orlando City: Gonzalez certain things will turn
The struggling San Jose Earthquakes host Orlando City in MLS this weekend.
Toronto FC v CF Montreal: Courtois accepts blame amid ongoing winless streak
Courtois wants end to winless run
Jarry defeats Paul to set up Zverev showdown in Italian Open final
Jarry sets up Zverev final in Rome
Fiorentina 2-2 Napoli: Kvaratskhelia keeps visitors' slim European hopes alive
Report: Fiorentina 2-2 Napoli
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg): Saints set up play-off final with Leeds United
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg)
Al-Nassr 1-1 Al-Hilal: Mitrovic scores last-gasp penalty
Report: Al-Nassr 1-1 Al-Hilal
Marc Skinner signs Manchester United Women contract extension
Marc Skinner to stay on at Man Utd
IPL: Mumbai Indians condemned to last-place finish after 18-run defeat to Super Giants
Indians consigned to last place
Premier League title race destiny is 'in our hands', says Man City boss Guardiola
Preview: Man City v West Ham