Tinggal bebarapa jam sahaja lagi sebelum sepak mula antara Harimau Malaya menentang Oman di Stadium Bukit Jalil.

Masih lagi hangat tentang keadaan padang di Bukit Jalil, kali ini media Indonesia, mengambil kesempatan dengan menyamakan kondisi padang di Bukit Jalil mirip seperti di Gelora Bung Karno.




Ini selepas warga Indonesia mula mengkritik Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia atas ketidaksediaan padang di Stadium Gelora Bung Karno semasa pertemuan Indonesia menentang Vietnam.

Situasi itu disamakan dengan apa yang dihadapi Harimau Malaya ketika ini yang juga buktikan Malaysia dan Indonesia sememangnya serumpun.