Skuad Korea Selatan adalah antara pasukan tetap yang selalu ada buat saingan Olimpik sejak 1988. Namun bagi edisi Piala Asia B-23, Skuad Garuda Muda berjaya menamatkan rentetan 36 tahun Korea bagi ke olimpik Paris 2024.

Sejak bertindak sebagai tuan rumah Olimpik Seoul 1988, Korea Selatan kemudian mencatat penampilan konsisten untuk kejohanan itu. Ketika Olimpik membuat peraturan had usia di bawah 23 tahun, Korea Selatan menunjukkan skuad muda mereka boleh jadi pasukan tetap di kejohanan Olimpik.

Sedikit triviia, di dua edisi terakhir, Korea Selatan juga kompetitif dengan catatan menembusi saingan empat terbaik.

Namun bagi edisi kali ini kredit wajar diberikan buat Indonesia bukan sahaja berjaya catat sejarah tersendiri namun berjaya tampil dengan persembahan memukau.

Tidak cukup dengan itu Garuda Muda sentiasa tampak serius dengan gaya permainan berkualiti tinggi dan semangat juang tinggi untuk menang setiap perlawanan.

Ilmu bolasepak nyata ada dalam diri mereka dan itu yang sentiasa menjadi fokus utama untuk meraih kemenangan.

Melihat kepada perkara ini nyata admin ingin membawa anda semua menyingkap kembali pendapat tersendiri dari bekas pertahanan negara, S. Subramaniam susulan tiga kekalahan Skuad Harimau Muda kita di pentas Piala Asia B-23 yang mana skuad negara perlu mementingkan ilmu di kepala, berbanding warna rambut yang mana perkara ini kita tidak lihat berlaku dalam skuad Garuda Muda.

"Ini saya ada nasihatlah, nasihat bukan sebagai coach. Sebagai abang. Daripada tengok DM Instagram, apa orang mesej, apa orang bantai, apa orang komen dan daripada mendengar perkara itu semua lebih baik fokus kepada kualiti permainan, tingkatkan prestasi.

"Dan saya lihat ada pemain lebih fokus dekat rambut daripada apa yang perlu ada.

"Sebagai seorang pemain warna rambut itu tidak penting, ilmu di kepala, ilmu bolasepak adalah lagi penting.

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)