Shaiful Shamsudin
Tue Nov 10 2020
Juara bertahan MotoGP, Marc Marquez, mengesahkan tidak akan kembali berlumba tahun ini sejak mengalami patah tangan, Julai lalu.
Harapan Marquez untuk memburu gelaran kelima berturut-turut berakhir dengan kecederaan yang dialaminya dalam pembukaan kempen 2020 di Jerez.
Bintang Repsol Honda itu terbabas ketika mendahului Grand Prix (GP) Sepanyol sebelum menarik diri daripada perlumbaan itu, kemudian hampir membuat kemunculan semula luar biasa dalam perlumbaan berikutnya.
Marquez, yang tidak pernah tercicir dalam sebarang perlumbaan MotoGP sepanjang kariernya, bagaimanapun telah menjalani dua pembedahan di tangannya.
Sejak itu, Stefan Bradl menggantikan tempatnya dan bersedia untuk meneruskannya sepanjang musim ini yang berbaki dua pusingan sementara penunggang kelahiran Sepanyol itu hanya menyasarkan akan kembali tahun depan.
"Musim ini saya tidak akan menyertai perlumbaan lagi," kata Marquez di Twitter selepas Honda mengeluarkan kenyataan secara rasmi.
"Selepas menilai keadaan lengan saya ini bersama-sama doktor dan pasukan, kami memutuskan bahawa pilihan terbaik adalah kembali tahun depan.
"Ini merupakan tempoh untuk meneruskan pemulihan. Terima kasih atas mesej sokongan kalian. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk kembali pada 2021."
Bradl di kedudukan ke-20 sementara Alex Marquez -- adik kepada Marc -- berada di tangga ke-14 tetapi menduduki tempat kedua dalam perlumbaan berturut-turut sebelum gagal menamatkan persembahan dalam dua aksi terakhir.
Sementara itu, Andrea Dovizioso akan berehat sepanjang musim 2021 tetapi menaruh harapan untuk kembali ke MotoGP pada masa akan datang.
Ogos lalu, kerjasama selama lapan tahun Dovizioso bersama Ducati sah akan berakhir pada penghujung musim ini.
Mampukah Ducati kekal dominan pada 2027?
Penurunan sesaran enjin daripada 1000cc kepada 850cc dalam kategori perdana, MotoGP, sedikit sebanyak bakal menyaksikan kekurangan momentum aksi yang bertenaga dalam saingan perlumbaan seperti kelazimannya sebelum ini.
SIC bakal buka peluang buat pelumba negara berlatih secara percuma
Ketua Pegawai Eksekutif LItar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berjanji membuka peluang untuk pelumba negara berlatih di SIC secara percuma.
MotoGP Malaysia: Jika diberi peluang lagi saya akan kerja lebih keras -- Helmi Azman
Pelumba tunggal peluang khas negara, Helmi Azman, mengekalkan prestasi tahun lalu untuk berada di kedudukan ke-23 secara keseluruhan saingan Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
MotoGP Malaysia: Red flag tangguh aksi di SIC
Kemalangan membabitkan kelompok besar pelumba ketika di selekoh kedua memaks 'red flag' dikibarkan dalam MotoGP Malaysia.
MotoGP Malaysia: Helmi Azman akhiri perlumbaan di tempat ke-23
Pelumba PETRONAS MIE Racing RW Team, Helmi Azman menamatkan cabaran Kejohanan MotoGP GP Sepang kelas Moto2 di tempat ke-23 dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
MotoGP Malaysia: Helmi Azman tekad julang nama negara
Drama berlaku di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam sesi kelayakan kedua MotoGP Malaysia apabila pelumba negara, Helmi Azman dan Khairul Idham Pawi, berlaga di selekoh kelapan hari ini.
MotoGP: Litar Ricardo Tormo dilanda banjir
Berikutan pusingan terakhir MotoGP di Valencia disahkan tidak akan dilangsungkan berikutan banjir teruk, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman, menegaskan peluang untuk mengumumkan juara MtoFP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) masih tipis.
Terkini MotoGP Sepang: Khairul Idham Pawi kemalangan, patah tangan, cedera kaki
Pelumba wildcard negara, Khairul idham Pawi, terpaksa melupakan saingan Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila terlibat dengan kemalangan dalam pusingan kelayakan Moto2 sebentar tadi.
Farid Kamil meriahkan suasana di Litar Sepang
Pelakon tanahair, Farid Kamil Zahari, memeriahkan suasana di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjelang saingan MotoGP Malaysia hujung minggu ini.
MotoGP Malaysia: SuperKIP, Helmi dambakan litar basah
24 jam lagi sebelum MotoGP Malaysia 2024 membuka tirai dengan tumpuan pastinya kembali terarah kepada pelumba Petronas MIE Racing Team, Khairul Idham Pawi, yang berharap Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam keadaan basah, hujung minggu ini.
Pereira replaces Amorim as Sporting head coach
Pereira announced as Sporting boss
Amorim's Man Utd in-tray: What does the new boss need to fix?
Ruben Amorim's Man Utd in-tray
Coleman, Idah and Duffy out of Republic of Ireland squad to face England
Trio out of Ireland squad
'I'm not naive', says Amorim as he relishes 'difficult' Man Utd challenge
Amorim relishing United challenge
ATP Finals: Ruud stuns Alcaraz to claim 50th Tour-level win of the season
ATP Finals: Ruud stuns Alcaraz
Rodrygo and Vazquez add to growing Real Madrid injury problems
Rodrygo, Vazquez injured for Madrid
USA recall Pulisic and McKennie for Concacaf Nations League quarter-finals
Pulisic, McKennie recalled for USA
Injured Barcelona star Yamal withdraws from Spain squad
Yamal out for up to three weeks
'Giannis is a child' - Brown disappointed by fake handshake
Brown unhappy with Giannis
Arteta: Saka and Rice injuries do not look good
Arsenal injuries do not look good