Penurunan sesaran enjin daripada 1000cc kepada 850cc dalam kategori perdana, MotoGP, sedikit sebanyak bakal menyaksikan kekurangan momentum aksi yang bertenaga dalam saingan perlumbaan seperti kelazimannya sebelum ini.
Mujur perlaksanaan peraturan baru itu hanya akan dikuatkuasakan selepas 2026 dengan penelitian dan juga kajian terperinci masih lagi dilakukan.
Perubahan itu selaras dengan hasrat untuk menjadikan acara perlumbaan motosikal paling elit di dunia itu agar lebih selamat kepada pelumba selain mengurangkan kadar pencemaraan bunyi dan sebagainya.
Menurut komisioner MotoGP, spesifikasi enjin yang diubah itu sebenarnya akan turut menyaksikan penjimatan kos kepada semua pengeluar jentera berbanding sebelumnya.
Malah badan induk permotoran dunia FIM juga tidak membenarkan sebarang penambahan ataupun pembangunan enjin setiap jentera kepada semua pengeluar dalam tempoh dua tahun sebelum peraturan baru itu dilaksanakan pada 2027.
Antara yang awal diberi amaran untuk tidak membangunkan sebarang komponen membabitkan enjin adalah pasukan Ducati, yang ketika ini menguasai kedudukan teratas samada pengeluar dan juga pelumba.
Ia memandangkan pasukan itu antara yang paling tinggi melaburkan sejumlah modal yang besar untuk pembangunan enjin dan juga teknologi yang ada dalam mengekalkan penguasaan mereka dalam siri perlumbaan bagi tahun 2024.
Justeru tentunya ia bakal menimbulkan tanda tanya sama ada Ducati akan mampu mengekalkan dominasi mereka atau tidak selepas perubahan enjin kepada 850cc itu dilaksanakan pada 2027 nanti.
King Hisyam
Fri Nov 08 2024
MotoGP: Siapa sebenarnya bakal guna nombor 1?
Walaupun ia antara tajuk yang sentiasa diperdebatkan dikalangan peminat perlumbaan motosikal paling elit di dunia itu ketika ini, namun Martin lebih memilih untuk mengunci mulut daripada mengulas isu tersebut.
MotoGP: V4 terbaharu Yamaha akan jalani ujian pertama di Sepang
Selepas melakukan kajian yang terperinci, pasukan Yamaha nampaknya semakin yakin untuk mempertaruhkan enjin V4 baharunya untuk melaksanakan misi dalam saingan musim baharu MotoGP 2025.
MotoGP: Jorge Martin belum letak sasaran untuk musim 2025
Menurut juara dunia 2024 itu, segala penilaian untuk musim akan datang akan hanya mampu dibuat sebaik mengharungi pusingan pertama perlumbaan nanti.
MotoGP: KTM akan kekal hingga 2026 walau berdepan krisis kewangan
Jaminan tersebut disuarakan oleh pengarah KTM, Hubert Trunkenpolz yang mendakwa krisis yang sedang dialami oleh syarikat induk Pierer Mobility Group tidak akan sesekali mengugat status pasukan itu dalam saingan MotoGP.
MotoGP: Benarkah Suzuki akan kembali lagi?
beberapa hari ini agak tersebar berita tentang pasukan ini yang kita dengar kononya mereka bakal melakukan 'comeback' dalam dunia motoGP sedikit masa lagi.
MotoGP: Gaji Marc Marquez kini bernilai RM60 juta setahun
Menurut Tuttomercatoweb, gaji yang diterima Marquez itu sebenarnya lebih tinggi daripada apa yang sedang dibayar oleh Ducati Lenovo kepada seorang lagi penunggangnya iaitu Frencesco Bagnaia iaitu sekitar 7 juta Euro atau bersamaan sekitar RM32 juta setahun
Ducati terlepas ikat Jorge Martin kerana keputusan bodoh saat akhir pilih Marquez
Pengurus Pasukan Ducati, Davide Tardozzi telah membuat pengakuan mengejutkan tentang bagaimana kesilapan tersebut boleh berlaku yang menyaksikan mereka kini terlepas untuk mengikat nama Jorge Martin dalam kontrak 2025.
MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara, Pecco di tempat kedua
Pelumba dari Sepanyol, Jorge Martin, dinobatkan sebagai pemenang pemenang keseluruhan Kejuaraan MotoGP Dunia 2024 selepas 19 perlumbaan Grand Prix, musim ini.
MotoGP: Bagnaia berdoa panjang agar Martin akhiri perlumbaan tempat ke-10
Nampaknya pusingan akhir perlumbaan MotoGP bagi musim 2024 yang akan berlangsung di Barcelona hari ini bagi menentukan siapakah yang bakal dinobatkan selaku juara dunia bagi musim ini seakan benar-benar telah merangka laluan berliku untuk Jorge Martin.
Stoner terus terang tak suka Sprint Race
Bekas penunggang Ducati, Casey Stoner, secara terang-terangan menyatakan pendirian bahawa sama sekali tidak tertarik dengan format Sprint Race yang telah diperkenalkan dalam saingan MotoGP bermula musim lalu.
Milan coach Conceicao puts family ties on hold ahead of Juve clash
Conceicao wants to beat his son
Ancelotti expects LaLiga title race to be a close one
Ancelotti expects close title race
Cummins: Marsh dropped to freshen Australia up
Marsh dropped to freshen team up
Westbrook hails 'best in the world' Jokic after historic feat
Westrbook leads Jokic plaudits
Wilson vows there's more to come from Fulham ahead of Ipswich clash
Preview: Fulham v Ipswich Town
Great Britain eliminated by Poland in United Cup quarter-final
Great Britain out of United Cup
Sabalenka stands firm to overcome Putintseva in Brisbane
Sabalenka through to Brisbane QFs
Westbrook hails 'best in the world' Doncic after historic feat
Westbrook leads Doncic plaudits
Jack Butland out of Old Firm derby with internal bleeding
Butland out of Old Firm derby
Djokovic into quarter-final in Brisbane after straight-sets victory over Monfils
Djokovic beats Monfils 6-3 6-3